WEEEEEET2..
Kali ni I nak share sikit tips cara nak putihkan kulit secara sihat..siapa tak nak kan terutama kaum-kaum wanita yang memang jenis tak ada masa untuk penjagaan rapi..Walaupun nak pergi spa ni kan..
Tapi dengan tips yang I nak share ni boleh lah semua cuba kan..mudah,senang dan selamat..In sha Allah..kadang-kadang jadi keliru nak guna produk mana sebab terlalu banyak dah sekarang produk kecantikan si pasaran.
# Cara Putihkan Muka Dari Dalam Tubuh:
- Perbanyakkan pengambilan sayuran hijau dan ikan salmon. Kandungan lemak dalam ikan salmon boleh menyebabkan sel kulit bekerja dengan cepat.
- Perbanyakkan pengambilan buah-buahan yang mengandungi vitamin C. Khasiat daripada vitamin C untuk menghaluskan dan mencerahkan kulit.
- Perbanyakkan minum air putih kerana ia akan menjaga kulit anda agar tetap lembab dan sihat.
- Ambil vitamin yang mengandungi vitamin E yang dos tinggi. Vitamin E sangat bermanfaat untuk keanjalan kulit serta mencegah penuaan semulajadi.
# Cara Putihkan Muka Dari Luar Tubuh:
- Untuk menjaga keindahan kulit wajah, anda harus rajin membersihkan muka setelah melakukan aktiviti luar serta sebelum tidur. Pilihlah pembersih muka yang terdiri daripada susu pembersih, kemudian jangan lupa pakai toner (penyegar).
- Jangan abaikan pemakaian pelembab wajah, terutama ketika anda keluar dari rumah. Jika wajah anda jenis berminyak, sebaiknya pilih pelembab yang mengandungi air.
- Selain itu, jangan lupa pakai krim pelindung matahari yang mengandungi SPF 15 apabila anda hendak keluar dari rumah.
- Lakukan srubbing dan masker wajah untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
Info Ekstra!
#Tahukah Anda?
- Wanita Jepun menyukai penggunaan rumpai laut. Bukan setakat untuk hidangan sushi, bahkan untuk mask rambut. Kebiasaannya mereka akan merebus rumpai laut dan melumurkan di rambut sebelum mandi.
- Wanita Chili menggunakan pati buah anggur untuk kecantikan wajah. Mereka akan mencampurkan anggur merah yang telah dilenyekkan bersama sedikit tepung gandum. Kemudian, dilumurkan di wajah selama 10 minit sebelum membilasnya dengan air. Anggur merah mengandungi antioksida yang tinggi dan akan membuatkan kulit cantik serta sihat.
- Bagi Wanita Sweden pula, mereka memanfaatkan pati teh hijau sebagai toner wajah. Bahan antioksida dalam teh hijau tersebut membantu dalam mengeluarkan sel-sel kulit mati dan menyegarkan kulit. Mereka juga percaya bahawa bersauna juga mampu mengeluarkan racun dalam tubuh. Setelah bersauna, mereka akan melumurkan badan mereka terlebih dahulu dengan minyak zaitun sebelum membilasnya dengan air sejuk.
Boleh tinggalkan komen korang kalau rasa ada nak share info2 lain kan..
Jom jadi putih!!!!hehehehehe..
Read more: http://www.wom.my/kecantikan/cara-selamat-putihkan-muka/#ixzz3JQmSesmm
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment