Tuesday 10 May 2016

Dinner bersama Top Management

Assalamualaikum.
Berhabuk,bersawang,berkulat,bercendawan dah blog lama tak update. Minta maaf sangat sebab sibuk dengan kerja hakiki dan bisnes.
Ini pun mencari,mencari,dan mencari juga idea untuk tulis nak share dengan sahabat semua. :)
Kalau ada idea nak bella kongsikan tak kisah lah nak tips bisnes,kesihatan atau apa je boleh email atau hubungi bella terus ok.

Kali ni bella nak kongsikan sedikit pengalaman pertama bella menghadiri makan malam a.k.a dinner bersama dengan top management company Bio Greeno Sdn. Bhd. Bella bernaung di bawah syarikat atau HQ ini dalam bisnes bella ni. Pertama kali bersua muka secara lebih dekat bersama mereka memberika satu pengalaman yang hebat. 

Pengasas syarikat lebih mesra dipanggil Dr.Eng sangat berjiwa besar dalam bidang perniagaan terutama dalam bidang Multi Level Marketing dan networking busines. Pengalaman beliau lebih dari 20 tahun dalam bidang ini mengajar beliau erti jatuh bangun dalam perniagaan. 

"Dulu orang tak kenal dan tak nak kenal kita tapi sekarang semua kenal dan nak kenal dengan kita bila kita dah jadi seseorang."
-Dr.Eng-

Walaupun beliau bukan beragama Islam,tapi beliau sangat menghormati kita sebagai orang Islam. Kadang beliau ni kalau dengar kita sebut Alhamdullilah,beliau pun sebut sekali.hehehe. Tiada double standard antara perkauman bagi beliau.

Selain Dr.Eng, Dato Mat Rodzi, Datin Rozita, Datin Zaleha merupakan pengarah bagi syarikat Bio Greeno Sdn. Bhd. ini juga ada sama untuk makan malam ini. Pelbagai perkongsian kejayaan susah senang mereka kongsi kan bersama. Ok lah dah lah membebel. 
Jom layan gambar sikit. Dinner ni kat kafe Dato Mat Rodzi di Kafe WhereElse, Puchong.


 Perkongsian dari Datin Zaleha. Merupakan pakar dalam bidang korporat dan personaliti.

 Haaa nampak tak yang duk tenung bella tu..tu la Dr.Eng..hehehe..sebalah tu Dato Mat Rodzi







 Kebetulan hari ni birthday Datin Zaleha,yeahhhh Happy Birthday to you.
 
So of course yang mebantu bella untuk sampai ke kafe ni my mom n dad, Kak Wani dan En.Zack (tudung putih dan baju putih) hehehe

Bella Saiful
010-9169325 / bellannh@gmail.com