Tuesday 23 December 2014

4 Tips Study Last Minute

Bila waktu pertengahan tahun, selalunya pelajar universiti dan kolej akan sibuk dengan minggu peperiksaan. Bagi kebanyakkan pelajar sudah tentu waktu ini merupakan waktu yang paling tidak di sukai.
Makan tak terurus, tidur tak cukup. Tambah lagi kepala asyik ‘berpusing’. Semua benda jadi kelam kabut. Mana taknya, banyak subjek nak di fahamkan. Mungkin lagi bermasalah bagi mereka yang suka belajar di saat akhir. Kusut di buatnya.
Sudah tentu nak tak nak korang terpaksa rasai cabaran ini. Susah ke senang, kena redah juga. Peperiksaan tetap kena ambil. Sebenarnya bila di kolej itulah suatu masa yang indah sebenarnya. Peperiksaan, kesibukan, kekusutan dan macam-macam hal lagi.
Tak percaya tunggu bila korang sudah bekerjaya. Bagi yang suka belajar di saat akhir pasti akan terngiyang-ngiyang pengalaman tersebut.
Jadi bagaimanakah cara untuk memanipulasikan otak bila belajar di saat genting seperti ini? Seterusnya korang kemungkinan boleh berjaya dalam peperiksaan. Di sini di sertakan tipsnya.

#TIPS 4 OSMOSIS TIDAK BERFUNGSI
Otak tidak boleh menyerap segala macam maklumat dalam keadaan tertekan. Jadi jangan jadikan ruangan belajar macam tempat pembuangan sampah. Penuh dengan pelbagai longgokan buku. Ingat, korang bukan mamalia seperti tikus. Yang mana semua tak terurus.
Waktu seperti ini boleh di lihat ramai pelajar akan sibuk dengan pelbagai nota. Ada yang dengan fotokopinya, printout, takpun  pinjaman buku-buku rujukan. Pasti penuh atas meja. Tak cukup lagi dekat ruangan lantai dan katil turut menjadi ‘port’ terbaik.
Jika terjadi macam ini. Just relax. Tarik nafas dalam-dalam. Bertenang. Kenapa perlu lagi beri tekanan kepada diri sendiri? Memang betul banyak topik yang perlu di ulangkaji. So, jangan buatkan diri korang lagi bertambah stress.
Setiap buku kebanyakkan topik, formula dan ideanya bersifat berulang. Maknanya di sini penerangan dan isi kandungan adalah benda yang sama. Cuma dari cara perolahan berbeza. Apa yang penting cari buku yang sesuai untuk topik tersebut.
Cuba bersifat terurus dengan membaca sebuah buku yang betul-betul perlu. Waktu aku di universiti dulu, aku hanya gunakan sebuah buku dan nota slideshow dari pensyarah saja. Itulah yang menjadi sumber rujukan di saat akhir. Buku pinjam yang lain semua letak tepi. Yang penting cuba fahamkan dan terus mengingati dengan hanya sebuah buku tadi.
Bahan rujukan yang banyak mungkin berguna jika peperiksaan masih lagi lambat. Tapi dalam saat akhir ada baiknya cuba ringkaskan sebaik boleh.

#TIPS 3 BUAT SOALAN PEPERIKSAAN
Bagi yang mengambil bidang kejuruteraan, sudah pasti segala macam jenis formula perlu di ingat dan di terbitkan. Dalam saat-saat akhir sebelum hadapi peperiksaan sudah pasti tak nak menghabiskan masa dengan hanya menghafal formula saja kan?
Lainlah kalau korang bertekad untuk ikut ‘jalan hitam’. Sama ada dengan cara membawa ‘toyol’ (nota ringkas) masuk ke dewan peperiksaan atau tulis segala macam formula di belakang kalkulator. heh!
Kalau terlepas mungkin korang beruntung. Tapi kalau tak, memang malanglah untuk satu peperiksaan yang penting. Tinggi risikonya. Bagi yang pernah buat, berhentilah! Tak baik meniru tau.
Berbalik kepada persoalan, dah nama pun persediaan untuk peperiksaan, sebaiknya, buatlah soalan peperiksaan untuk tahun-tahun atau semestar yang lepas.
Memang terbukti cara ini agak efisien. Biasakan diri dengan contoh-contoh soalan yang berkemungkinan formatnya sama sahaja.
Setiap tahun kebanyakkan pelajar menghadapi masalah semasa di dewan peperiksaan. Apa yang mereka belajar di kelas sebelum ini berbeza dengan apa yang di tanya semasa peperiksaan.
Segala tutorial di beri pensyarah tak sama dengan jenis soalan yang di berikan semasa peperiksaan. Hakikatnya!
Dengan membuat soalan peperiksaan yang lepas, korang membiasakan diri dan serba sikit tahu apakah kemungkinan corak soalan yang bakal di tanya. Secara tak langsung melatih untuk mengingati formula atau istilah yang kompleks.
Bila buat sendiri soalan, jika tak faham dan tak dapat jawapan, waktu itulah merujuk buku. Dari situ proses pembelajaran akan berlaku. Bukankah ianya lebih mudah di bandingkan mentelaah setiap inci buku yang boleh tahan tebalnya?
Ramai beranggapan persediaan untuk peperiksaan memerlukan fokus dan penumpuan sepenuhnya. Seperti mana Keluang Man mengumpulkan segala tenaga seterusnya menewaskan musuh.
Sebenarnya bagi aku tak perlulah sehingga ketahap itu. Peperiksaan seperti benda lain juga. Jika korang buat berulang kali tak mustahil akan expert dengan benda tersebut.
Jadi, samalah dengan menjawab soalan-soalan yang lepas. Buat dan buat korang pasti akan dapat gambaran soalan yang bakal di tanya. Percaya tak?

# TIPS 2 MEMBACA SEMULA, BOLEHKAH DI KIRA SEBAGAI BELAJAR?
Membaca semula nota sebenarnya tidak boleh di kira sebagai belajar bila di saat akhir. Mungkin benar membaca sesebuah nota merupakan salah satu cara yang senang dalam pembelajaran.
Jika dalam subjek sejarah mungkin ada relevan. Tapi kalau topik sains dan kejuruteraan, memang korang akan bermasalah.
Apa yang perlu di lakukan? Sebaiknya jika berhubung subjek seperti sejarah atau yang memerlukan penghafalan, sepatutnya korang baca dan perlu mengeluarkan isi penting saja dari setiap petikan. Pastu tambah sedikit huraian ringkas.
Bila sampai part nak menghuraikan secara mendalam pergi jumpa member-member. Dah jumpa janganlah pergi main game pula. Cubalah ajar mereka mengenai topik yang korang sudah baca atau mungkin yang mereka belum tahu. Bertukar pendapat.
Kekadang apa yang korang fahamkan tak sama dengan isi kandungannya. Biasala lain orang lain perspektifnya.Sebenarnya inilah proses belajar yang paling mudah.
Kalau kena caranya, tak baca buku pun boleh skor dalam peperiksaan. Kenapa? Sebab di sini proses simbiosis berlaku. Korang ibarat ‘parasit’ yang menumpang tempat orang lain. Di mana akhirnya parasitlah yang terus survive.
Tapi perlu tengok juga keadaan. Tak semua subjek yang sesuai buat macam ini. Dan dalam belajar di saat akhir ini salah satu cara yang sesuai di praktikkan.

#TIPS 1 MENGHAFAL SECARA TIDAK LOGIK
Di saat akhir, ini merupakan cara yang paling malas. Nak buat latihan memang akan makan masa berjam-jam. Pastinya masa tak cukup. So, sebagai alternatif lain korang menghafal.
Hafal biarlah secara bijak. Janganlah sampai semua helaian buku nak di hafalnya. Itu hanya lagi membuang masa. Jika tersalah hafal tak ke sia-sia saja penat lelah korang itu? Carilah benda yang memang ternyata sukar untuk di ingati dengan cara biasa. Sebagai contoh sebuah formula atau istilah-istilah yang sememangnya tak berubah.
Masa aku zaman sekolah sehingga ke universiti, bagi yang ambil kos elektrikal contohnya, warna setiap komponen perintang dan nilai ‘ohmnya’ perlu tau. Jadi kalau nak hafal setiap warna dengan ikut sususan lagi memang taklah. So, untuk mudah ingat terpaksalah hafal secara tak logik.
Contohnya, Haji CikMat Marah Jika Kuda Hijau Balik Untuk KPutrajaya. Terjemahkan balik akan dapat susunan warna mengikut rintangan dari 0 ke 9. Hitam, Coklat, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Ungu, Kelabu, Putih.
Pasti ramai juga yang pernah buat dan tahu cara seperti ini. Benda-benda tak logik ini memang kita akan bersifat ingin tahu. Itu sebenar yang membuat kita lagi senang ingat berbanding dengan fakta yang sedia ada.
Semakin tak logik cara pengenalan korang menghafal semakin mudah sebenarnya untuk mengingat. Aku tidak suka guna jalan ‘skema’ seperti contoh perintang di atas.
Kekadang bila dah terdesak untuk hafal di saat akhir sebelum peperiksaan, apa yang selalu di lakukan, adalah hafal dengan fantasi seperti seks dan makian.
Misalan, gunalah pengenalan awek-awek hot kat kolej korang sebagai subjek utama. Bila teringat je minah itu, ini, secara langsung pasti terlintas formula yang berkaitan yang korang telah buat sebelum ini. Kerana bagi aku benda-benda seperti ini yang merupakan lumrah kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh, bagi yang belajar subjek Teori Medan Elektromagnet, tahukah korang apakah Hukum Gauss’s? ‘Flux elektrik yang mengalir dalam permukaan tertutup, berkadar dengan cas elektrik di sekelilingnya’.
Cuba korang fantasikan hukum ini dalam situasi hubungan kelamin antara seorang lelaki dan perempuan. Pasti dengan mudah korang boleh ingat. Faham kan maksud aku? Erm banyak lagi fantasi yang best-best. Tak perlu kot di bagi tahu kat sini. heh!

"Belajar saat akhir memang mencabar. Tapi jika cabaran di waktu itu di ambil secara positif, tak mustahil keputusannya boleh di banggakan"
 

Kalau korang rasa nak share apa2 tips sempena exam final dah 
dekat ni, boleh tinggalkan di bahagian komen..hehehe..
Kita share2 ye..

"GOOD LUCK PADA SEMUA YANG AKAN
HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR"


credit :http://booblogs.com/blog/4-cara-terbaik-belajar-saat-akhir-untuk-peperiksaan/ 



Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Monday 15 December 2014

3 Tips Sentiasa Ada Duit

Kebanyakkan di luar sana takut,bimbang,risau kalau tak ada duit dalam tangan. Kenapa fikir tak ada duit tu? Betul ke tak ada duit? Tak salah untuk fikir tentang duit sebab sekarang semua perlukan duit walaupun nak masuk tandas pun perlukan duit. 




Tak salah juga untuk fikirkan masalah duit ni supaya kita selalu rasa untuk ubah ekonomi hidup untuk lebih baik.

Bagaimana cara nak sentiasa ada duit ni?


#Tip 1 Percaya pada rezeki Allah

Percaya pada rezeki Allah ni sangat berkesan sebab dalam kita kesempitan kewangan bila kita percaya akan rezeki Allah pasti Allah datangkan rezeki tanpa kita duga. Yang penting kita hanya perlu percaya dengan rezeki Allah, In Sha Allah semuanya dipermudahkan. Jangan sesekali marah dan tak percaya dengan rezeki Allah. Rezeki Allah tu luas cuma kita je nak atau tak nak je untuk kejar rezeki itu. Selalu pepatah kita dengar, "Rezeki tak datang bergolek". Jangan selalu dengar je pepatah ni tapi kita kena guna pepatah ni dalam hidup kita supaya kita tahu,percaya,yakin yang memang rezeki tak datang bergolek. Rezeki itu kita kena cari. Bila kita yang cari rezeki, Allah akan datangkan pada kita dalam pelbagai keadaan. 




#Tip 2 Jangan fikir tiada duit
Mentor bisnes saya ada bagi tahu "Jangan fikir..jangan fikir..jangan fikir tak ada duit". Sebab apa yang kita fikir akan terjadi balik pada kita. Kita akan betul tak ada duit. Walaupun ada RM1 je dalam dompet, jangan fikir tak ada duit. Berbalik pada rezeki Allah pada #Tip 1. Bila kita fikir sentiasa kita ada duit, memang Allah akan datangkan rezeki pada tanpa disangka. Percayalah!!! 

#Tip 3 Sedekah

Pernah dengar tak pepatah Inggeris ni? "The more u give, the more u get". Ni yang selalu kita dengar bila untuk galakkan bersedekah. Allah dah bagi tahu, bila kita sedekah Allah akan lipat ganda kan rezeki kita. Tapi sedekah biarlah ikhlas kerana Allah bukan niat untuk menunjuk. 

Jom kita sama-sama sentiasa ada duit. :)




Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Sunday 7 December 2014

Convocation Day [Part 1]

Alhamdullilah...
6 Disember 2014..
Selamat sudah bergelar 
Alumni Universiti Sultan Zainal Abidin.
Pemegang IJAZAH SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN.

Majlis Konvokesyen Universiti Zainal Abidin kali ke-6
diadakan di Stadium Tertutup, Terengganu.
I terima anugerah pada sidang 1 dari 5 sidang.
Majlis konvo ni berlangsung selama 3 hari, 6hb-8hb 2014..

So ni I nak share sikit gambar2 sekitar majlis konvokesyen yg berlangsung pd sidang 1..
Bertemu dgn sahabat2 dgn pelbagai kisah
lepas 5 bulan tak jumpa..hehe..
Baru 5 bulan tak jumpa dh mcm 5 tahun..hehehe

Jom layan!!!!


# Luar dewan sebelum majlis bermula


























# DALAM DEWAN TUNGGU GILIRAN NAIK STAGE..HEHEHE








# SIAP2 NAK NAIK STAGE

#ALHAMDULLILAH..ALUMNI UNISZA



Kalau korang nak share moment happy korang, 
boleh tinggalkan di ruangan komen kat bwh ni..
Tak semestinya hari konvo korang je,,mungkin
ada lagi detik2 gembira yg lain..heheeh

Tuesday 2 December 2014

Takut Memulakan Sesuatu

Hai....sy nak share satu artikel tulisan jutawan internet, Dr. Irfan Khairi..sgt2 menarik minat sy..


Perasaan takut memulakan sesuatu sememangnya hadir dalam semua orang. Sama ada takut memulakan perniagaan, takut melakukan pelaburan, dan takut yang sebagainya yang menghentikan langkah pertama kita dalam menjadi bebas kewangan.

Kebanyakan dari perasaan takut ini adalah akibat dari takut kepada kegagalan. Sebenarnya, kegagalan itu sendiri adalah sesuatu yang baik sekiranya kita dapat mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan yang menyebabkan kegagalan tersebut. Masalahnya adalah takut kepada kegagalan itu sendiri akan mengakibatkan kita tidak mahu mengambil langkah pertama, lalu tidak berani memulakan seusatu yang baru.

Antara isu yang sering berlegar di dalam fikiran adalah takut perniagaan yang dijalankan gagal, takut tiada pelanggan yang mahu membeli hasil niaga saya, takut apa pula orang kata sekiranya kita gagal, takut tidak tahu mencari pelanggan, takut berdepan dengan pelanggan dan seribu satu alasan ketakutan yang lain.


Ketakutan juga boleh diakibatkan oleh maklumat-maklumat yang sedia ada di keliling kita seperti perniagaan yang gagal sehingga bankrupt, pelabur yang muflis akibat pelaburan salah, dirompak akibat mempunyai duit yang banyak dan sebagainya. Kisah-kisah negatif sebegini juga menguatkan lagi alasan kita untuk menjadi takut.
Tidak kurang juga yang takut kerana tidak tahu mendalam mengenai sesuatu. Kekurangan ilmu dalam sesuatu perkara membuatkan kita takut memulakan perkara tersebut.

Memulakan sesuatu yang baru adalah seumpama kita di penghujung tebing yang amat tinggi dan di hadapan adalah lautan untuk kita terjun. Pastinya pelbagai suara dalam diri sendiri membuatkan kita tidak mahu terjun oleh kerana perasaan takut dalam hati. Anologi ini boleh digunakan untuk menjelaskan cara mengatasinya. 

Sebenarnya dalam apa sahaja perkara, cara menangani ketakutan memulakan sesuatu yang baru adalah dengan menambah ilmu. Takut memulakan perniagaan? Tambahkan ilmu perniagaan. Takut memulakan pelaburan? Tambahkan ilmu pelaburan. Tambahkan ilmu pelaburan. Takut berjumpa pelanggan untuk menjual? Tambahkan ilmu jualan dan komunikasi. Dengan menambahkan ilmu, apa yang akan jadi adalah tebing di mana kita berdiri untuk terjun ke laut menjadi semakin rendah. Makin ditambah ilmu, semakin rendah jadinya tebing itu, sehingga hanya beberapa meter sahaja untuk terjun. Perasaan takut akan berkurang berkali-kali ganda untuk kita lakukan terjunan yang lebih mudah itu dengan tambahnya ilmu.

Ketahui bahawa semua orang mempunyai perasaan takut ini. Mereka yang berjaya, tokoh-tokoh, ahli sukan, mereka yang berpangkat tinggi, atau sesiapa sahaja mempunyai perasaan takut memulakan sesuatu. Saya sendiri juga apabila hendak memulakan sesuatu baru pastinya mempunyai perasaan takut juga. Apa yang membezakan mereka yang berjaya mencapai matlamat kewangan adalah, walaupun mempunyai perasaan takut ini, mereka tetap lakukan juga!

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Friday 28 November 2014

DUBAI..SUBHANALLAH!!!!

Welcome to Dubai, the capital of UAE, which is the fastest growing city in the Middle East region. It’s hard to believe that a couple of decades ago it was just a desert! Nowadays it is a huge metropolis which is constantly on the move, striving to be the best in everything and providing the tourists with once-in-a-lifetime experience and luxurioush world-class attractions. Here are some of them:
The Burj Khalifa Tower is 828 m tall, it is three times as tall as the Eiffel Tower. Actually it is the tallest building in the world and with the highest outdoor observation deck in the world (on the 124th floor). Day or night the view is truly spectacular.


Water Discus Underwater Hotel is the most progressive architecture in the world. It has 21 rooms, a dive center and bar up to 10 meters below the sea. A special lightning allows to enjoy the magnificent view of the Persian Gulf offered outside the windows.





The Dubai Mall is the largest shopping center in the world with over 1.200 stores. Shopping and eating are just side possibilities in the mall, it has 22-screen cinema, indoor theme park, a giant aquarium with underwater zoo and a full-sized skating rink. Besides, it has a kind of ski resort inside the mall offering an unforgettable ski experience in the desert.





Aquaventure waterpark in Dubai is like everything there built to be the best. It features high-tech waterslides built to look like ancient monuments. The most famous water coaster there called The Leap of Faith is not for the weak-hearted. Nearly 30 meters tall and just over 60 meters long, it slides you into a tank where you meet face-to-face with real sharks.



Dubai police fleet runs the world’s fastest and most expensive cob cars, including Aston Martins, Bentleys, Ferraris and Lamborghinis. Criminals, watch out! No chance to outrun the police :) The list of on-duty exotic cars is really impressive and the Dubai police officers know what luxurious rides mean.



Boleh tinggalkan komen kalau korang pernah ke Dubai or akan ke Dubai tak lama lagi...Phewwwww best sgt tgk Dubai ni..cantik sangat..

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Thursday 27 November 2014

Bisnes Online dari Rumah

Assalamualaikum semua..

Happy sgt hari ni, I nak share dengan semua kat luar sana peluang nak buat bisnes online dari rumah.. Sebab I tahu ramai kat luar sana yang nak cari side income sekarang ni since semua benda dah naik ni especially GST nak implement tak lama lagi ni..Confirm belanja makin besar berbanding pendapatan sekarang.. Daripada kita bising2 sana sini yang confirm2 kita tahu benda2 ni tak kan turun pun, baik kita fikir mcm mana nak tambah pendapatan supaya dapat tampung perbelanjaan. Betul tak??

So I nak share bisnes online yang I buat ni dengan u guys semua.. Sebab bisnes online yang buat ni, bukan shj dapat bg income besar pd u guys tapi dpt bagi benefit lain mcm CAR FUND, FREE TRIP TRAVEL, MAJLIS ANUGERAH, BONUS WAWASAN n macam-macam lagi..


Percaya tak dengan bisnes online sabun marine essence ni, dapat bantu jana pendapatan rm500 hingga rm1,000 sebulan??

Tapi itulah yang kena percaya..hehe..memang betul..Knp sabun marine essence?? Apa kehebatan sabun marine essence ni??

#KENAPA SABUN MARINE ESSENCE???
Sebab sabun marine essence  ni memang tengah permintaan tinggi sgt..tgk ni..ruangan yang I bulatkan..



#APA KEHEBATAN SABUN MARINE ESSENCE NI???
=======================
KEHEBATAN & KEBERKESANAN SABUN MARINE ESSENCE
=======================
✔ hilangkan hitam celah badan
✔ hilang bau badan
✔ hilangkan jerawat
✔ kulit lebih lembap & tidak berminyak
✔ hilangkan gatal kulit & kulit sensitif serta penyakit kulit
✔ hilangkan penyakit eczema
✔ cerahkan kulit muka & seluruh badan

✔ tiada bahan kimia
✔ sesuai untuk semua golongan
✔ hilangkan stretchmark
✔ hilangkan parut jerawat,kemalangan
✔ wangi yang teramat sampai boleh jadi perfume dalam kereta
✔ boleh bertahan lebih dari sebulan


#BAGAIMANA JANA PENDAPATAN BERSAMA SABUN MARINE ESSENCE???
Pendapatan bersama sabun marine essence ni hanya mengunakan media sosial untuk bergerak..melalui facebook, instagram, dan blog.. Segala ilmu media sosial akan diajar oleh kami.. 

#FAEDAH LAIN SELAIN PENDAPATAN LUMAYAN???
*tabung kereta
*peluang melancong ke luar negara 3 kali setahun percuma
*bonus wawasan
*anda bos anda pekerja

Phewwwww pada korang yg nak buat side income kecil kecilan, boleh hubungi bella ok..Bella akan share kan mcm mana..



Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Tuesday 25 November 2014

3 Tips Hilangkan Perut Buncit


Selalunya ramai sangat rupa paras memang cantik dah..bak kata oarang kelantan 'comey lote doh' tp spoil bila perut buncit..memang terjadi ye ni..hehehe..

Selalunya juga ramai yang tak tahu macam mana nak hilangkan perut buncit ni..dan ramai juga yang tak ambik kisah benda ni..ramai akan ambik kisah bila dah lahirkan anak untuk perempuan dan kalau lelaki susah nak jumpa yang nak hilangkan perut buncit ni..hehehe..

Jadi untuk entry kali ni, I nak share dengan semua 3 tips mudah senang dan murah yang semua boleh guna untuk hilangkan perut buncit ni.

# TIPS 1 : MINUM AIR
Jika rasa perut kembung dengan air, cara atasi dgn minum lebih banyak air supaya dapat bantu mencairkan sodium dalam badan dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari badan lebih banyak. Selain itu dapat mengeluarkan toksin dalam badan.



#TIPS 2 : MAKAN DENGAN TERTIB
Elakkan makan dengan cepat dan terburu-buru. Ia akan menyebabkan anda menekan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyah dengan hancur, Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehinggan mampu membentuk gas dan menjadi punca perut kembung. Jadi kena ubah cara pemakanan. Makan dan kunyah makanan dengan baik dan perlahan.

#TIPS 3 : KURANGKAN GARAM
Terlalu banyak garam dalam makanan yang diambil menjadi punca peningkatan sodium dalam badan yang boleh melambatkan mekanisme dalam badan. Ini menyebabkan air keluar dari sel badan. Akibatnya perut akan menjadi buncit.  



#TIPS 4 : PREMIUM BEAUTIFUL CORSET
Kalau rasa tak boleh nak buat semua tips diatas boleh sarung je PREMIUM BEAUTIFUL ni. Lagi mudah dan senang. Makan suka hati la nak makan apa pun janji body maintain tak ada masalah perut buncit. Lelaki ke perempuan boleh guna untuk masalah perut buncit ni. Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi #pbexpert je.









Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com