Tuesday, 2 December 2014

Takut Memulakan Sesuatu

Hai....sy nak share satu artikel tulisan jutawan internet, Dr. Irfan Khairi..sgt2 menarik minat sy..


Perasaan takut memulakan sesuatu sememangnya hadir dalam semua orang. Sama ada takut memulakan perniagaan, takut melakukan pelaburan, dan takut yang sebagainya yang menghentikan langkah pertama kita dalam menjadi bebas kewangan.

Kebanyakan dari perasaan takut ini adalah akibat dari takut kepada kegagalan. Sebenarnya, kegagalan itu sendiri adalah sesuatu yang baik sekiranya kita dapat mengambil iktibar dan belajar dari kesilapan yang menyebabkan kegagalan tersebut. Masalahnya adalah takut kepada kegagalan itu sendiri akan mengakibatkan kita tidak mahu mengambil langkah pertama, lalu tidak berani memulakan seusatu yang baru.

Antara isu yang sering berlegar di dalam fikiran adalah takut perniagaan yang dijalankan gagal, takut tiada pelanggan yang mahu membeli hasil niaga saya, takut apa pula orang kata sekiranya kita gagal, takut tidak tahu mencari pelanggan, takut berdepan dengan pelanggan dan seribu satu alasan ketakutan yang lain.


Ketakutan juga boleh diakibatkan oleh maklumat-maklumat yang sedia ada di keliling kita seperti perniagaan yang gagal sehingga bankrupt, pelabur yang muflis akibat pelaburan salah, dirompak akibat mempunyai duit yang banyak dan sebagainya. Kisah-kisah negatif sebegini juga menguatkan lagi alasan kita untuk menjadi takut.
Tidak kurang juga yang takut kerana tidak tahu mendalam mengenai sesuatu. Kekurangan ilmu dalam sesuatu perkara membuatkan kita takut memulakan perkara tersebut.

Memulakan sesuatu yang baru adalah seumpama kita di penghujung tebing yang amat tinggi dan di hadapan adalah lautan untuk kita terjun. Pastinya pelbagai suara dalam diri sendiri membuatkan kita tidak mahu terjun oleh kerana perasaan takut dalam hati. Anologi ini boleh digunakan untuk menjelaskan cara mengatasinya. 

Sebenarnya dalam apa sahaja perkara, cara menangani ketakutan memulakan sesuatu yang baru adalah dengan menambah ilmu. Takut memulakan perniagaan? Tambahkan ilmu perniagaan. Takut memulakan pelaburan? Tambahkan ilmu pelaburan. Tambahkan ilmu pelaburan. Takut berjumpa pelanggan untuk menjual? Tambahkan ilmu jualan dan komunikasi. Dengan menambahkan ilmu, apa yang akan jadi adalah tebing di mana kita berdiri untuk terjun ke laut menjadi semakin rendah. Makin ditambah ilmu, semakin rendah jadinya tebing itu, sehingga hanya beberapa meter sahaja untuk terjun. Perasaan takut akan berkurang berkali-kali ganda untuk kita lakukan terjunan yang lebih mudah itu dengan tambahnya ilmu.

Ketahui bahawa semua orang mempunyai perasaan takut ini. Mereka yang berjaya, tokoh-tokoh, ahli sukan, mereka yang berpangkat tinggi, atau sesiapa sahaja mempunyai perasaan takut memulakan sesuatu. Saya sendiri juga apabila hendak memulakan sesuatu baru pastinya mempunyai perasaan takut juga. Apa yang membezakan mereka yang berjaya mencapai matlamat kewangan adalah, walaupun mempunyai perasaan takut ini, mereka tetap lakukan juga!

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

No comments:

Post a Comment