Bila waktu pertengahan tahun, selalunya pelajar universiti dan kolej akan sibuk dengan minggu peperiksaan. Bagi kebanyakkan pelajar sudah tentu waktu ini merupakan waktu yang paling tidak di sukai.
Makan tak terurus, tidur tak cukup. Tambah lagi kepala asyik ‘berpusing’. Semua benda jadi kelam kabut. Mana taknya, banyak subjek nak di fahamkan. Mungkin lagi bermasalah bagi mereka yang suka belajar di saat akhir. Kusut di buatnya.
Sudah tentu nak tak nak korang terpaksa rasai cabaran ini. Susah ke senang, kena redah juga. Peperiksaan tetap kena ambil. Sebenarnya bila di kolej itulah suatu masa yang indah sebenarnya. Peperiksaan, kesibukan, kekusutan dan macam-macam hal lagi.
Tak percaya tunggu bila korang sudah bekerjaya. Bagi yang suka belajar di saat akhir pasti akan terngiyang-ngiyang pengalaman tersebut.
Jadi bagaimanakah cara untuk memanipulasikan otak bila belajar di saat genting seperti ini? Seterusnya korang kemungkinan boleh berjaya dalam peperiksaan. Di sini di sertakan tipsnya.
#TIPS 4 OSMOSIS TIDAK BERFUNGSI
Otak tidak boleh menyerap segala macam maklumat dalam keadaan tertekan. Jadi jangan jadikan ruangan belajar macam tempat pembuangan sampah. Penuh dengan pelbagai longgokan buku. Ingat, korang bukan mamalia seperti tikus. Yang mana semua tak terurus.
Waktu seperti ini boleh di lihat ramai pelajar akan sibuk dengan pelbagai nota. Ada yang dengan fotokopinya, printout, takpun pinjaman buku-buku rujukan. Pasti penuh atas meja. Tak cukup lagi dekat ruangan lantai dan katil turut menjadi ‘port’ terbaik.
Jika terjadi macam ini. Just relax. Tarik nafas dalam-dalam. Bertenang. Kenapa perlu lagi beri tekanan kepada diri sendiri? Memang betul banyak topik yang perlu di ulangkaji. So, jangan buatkan diri korang lagi bertambah stress.
Setiap buku kebanyakkan topik, formula dan ideanya bersifat berulang. Maknanya di sini penerangan dan isi kandungan adalah benda yang sama. Cuma dari cara perolahan berbeza. Apa yang penting cari buku yang sesuai untuk topik tersebut.
Cuba bersifat terurus dengan membaca sebuah buku yang betul-betul perlu. Waktu aku di universiti dulu, aku hanya gunakan sebuah buku dan nota slideshow dari pensyarah saja. Itulah yang menjadi sumber rujukan di saat akhir. Buku pinjam yang lain semua letak tepi. Yang penting cuba fahamkan dan terus mengingati dengan hanya sebuah buku tadi.
Bahan rujukan yang banyak mungkin berguna jika peperiksaan masih lagi lambat. Tapi dalam saat akhir ada baiknya cuba ringkaskan sebaik boleh.
#TIPS 3 BUAT SOALAN PEPERIKSAAN
Bagi yang mengambil bidang kejuruteraan, sudah pasti segala macam jenis formula perlu di ingat dan di terbitkan. Dalam saat-saat akhir sebelum hadapi peperiksaan sudah pasti tak nak menghabiskan masa dengan hanya menghafal formula saja kan?
Lainlah kalau korang bertekad untuk ikut ‘jalan hitam’. Sama ada dengan cara membawa ‘toyol’ (nota ringkas) masuk ke dewan peperiksaan atau tulis segala macam formula di belakang kalkulator. heh!
Kalau terlepas mungkin korang beruntung. Tapi kalau tak, memang malanglah untuk satu peperiksaan yang penting. Tinggi risikonya. Bagi yang pernah buat, berhentilah! Tak baik meniru tau.
Berbalik kepada persoalan, dah nama pun persediaan untuk peperiksaan, sebaiknya, buatlah soalan peperiksaan untuk tahun-tahun atau semestar yang lepas.
Memang terbukti cara ini agak efisien. Biasakan diri dengan contoh-contoh soalan yang berkemungkinan formatnya sama sahaja.
Setiap tahun kebanyakkan pelajar menghadapi masalah semasa di dewan peperiksaan. Apa yang mereka belajar di kelas sebelum ini berbeza dengan apa yang di tanya semasa peperiksaan.
Segala tutorial di beri pensyarah tak sama dengan jenis soalan yang di berikan semasa peperiksaan. Hakikatnya!
Dengan membuat soalan peperiksaan yang lepas, korang membiasakan diri dan serba sikit tahu apakah kemungkinan corak soalan yang bakal di tanya. Secara tak langsung melatih untuk mengingati formula atau istilah yang kompleks.
Bila buat sendiri soalan, jika tak faham dan tak dapat jawapan, waktu itulah merujuk buku. Dari situ proses pembelajaran akan berlaku. Bukankah ianya lebih mudah di bandingkan mentelaah setiap inci buku yang boleh tahan tebalnya?
Ramai beranggapan persediaan untuk peperiksaan memerlukan fokus dan penumpuan sepenuhnya. Seperti mana Keluang Man mengumpulkan segala tenaga seterusnya menewaskan musuh.
Sebenarnya bagi aku tak perlulah sehingga ketahap itu. Peperiksaan seperti benda lain juga. Jika korang buat berulang kali tak mustahil akan expert dengan benda tersebut.
Jadi, samalah dengan menjawab soalan-soalan yang lepas. Buat dan buat korang pasti akan dapat gambaran soalan yang bakal di tanya. Percaya tak?
# TIPS 2 MEMBACA SEMULA, BOLEHKAH DI KIRA SEBAGAI BELAJAR?
Membaca semula nota sebenarnya tidak boleh di kira sebagai belajar bila di saat akhir. Mungkin benar membaca sesebuah nota merupakan salah satu cara yang senang dalam pembelajaran.
Jika dalam subjek sejarah mungkin ada relevan. Tapi kalau topik sains dan kejuruteraan, memang korang akan bermasalah.
Apa yang perlu di lakukan? Sebaiknya jika berhubung subjek seperti sejarah atau yang memerlukan penghafalan, sepatutnya korang baca dan perlu mengeluarkan isi penting saja dari setiap petikan. Pastu tambah sedikit huraian ringkas.
Bila sampai part nak menghuraikan secara mendalam pergi jumpa member-member. Dah jumpa janganlah pergi main game pula. Cubalah ajar mereka mengenai topik yang korang sudah baca atau mungkin yang mereka belum tahu. Bertukar pendapat.
Kekadang apa yang korang fahamkan tak sama dengan isi kandungannya. Biasala lain orang lain perspektifnya.Sebenarnya inilah proses belajar yang paling mudah.
Kalau kena caranya, tak baca buku pun boleh skor dalam peperiksaan. Kenapa? Sebab di sini proses simbiosis berlaku. Korang ibarat ‘parasit’ yang menumpang tempat orang lain. Di mana akhirnya parasitlah yang terus survive.
Tapi perlu tengok juga keadaan. Tak semua subjek yang sesuai buat macam ini. Dan dalam belajar di saat akhir ini salah satu cara yang sesuai di praktikkan.
#TIPS 1 MENGHAFAL SECARA TIDAK LOGIK
Di saat akhir, ini merupakan cara yang paling malas. Nak buat latihan memang akan makan masa berjam-jam. Pastinya masa tak cukup. So, sebagai alternatif lain korang menghafal.
Hafal biarlah secara bijak. Janganlah sampai semua helaian buku nak di hafalnya. Itu hanya lagi membuang masa. Jika tersalah hafal tak ke sia-sia saja penat lelah korang itu? Carilah benda yang memang ternyata sukar untuk di ingati dengan cara biasa. Sebagai contoh sebuah formula atau istilah-istilah yang sememangnya tak berubah.
Masa aku zaman sekolah sehingga ke universiti, bagi yang ambil kos elektrikal contohnya, warna setiap komponen perintang dan nilai ‘ohmnya’ perlu tau. Jadi kalau nak hafal setiap warna dengan ikut sususan lagi memang taklah. So, untuk mudah ingat terpaksalah hafal secara tak logik.
Contohnya, Haji CikMat Marah Jika Kuda Hijau Balik Untuk Ke Putrajaya. Terjemahkan balik akan dapat susunan warna mengikut rintangan dari 0 ke 9. Hitam, Coklat, Merah, Jingga, Kuning, Hijau, Biru, Ungu, Kelabu, Putih.
Pasti ramai juga yang pernah buat dan tahu cara seperti ini. Benda-benda tak logik ini memang kita akan bersifat ingin tahu. Itu sebenar yang membuat kita lagi senang ingat berbanding dengan fakta yang sedia ada.
Semakin tak logik cara pengenalan korang menghafal semakin mudah sebenarnya untuk mengingat. Aku tidak suka guna jalan ‘skema’ seperti contoh perintang di atas.
Kekadang bila dah terdesak untuk hafal di saat akhir sebelum peperiksaan, apa yang selalu di lakukan, adalah hafal dengan fantasi seperti seks dan makian.
Misalan, gunalah pengenalan awek-awek hot kat kolej korang sebagai subjek utama. Bila teringat je minah itu, ini, secara langsung pasti terlintas formula yang berkaitan yang korang telah buat sebelum ini. Kerana bagi aku benda-benda seperti ini yang merupakan lumrah kehidupan seharian kita.
Sebagai contoh, bagi yang belajar subjek Teori Medan Elektromagnet, tahukah korang apakah Hukum Gauss’s? ‘Flux elektrik yang mengalir dalam permukaan tertutup, berkadar dengan cas elektrik di sekelilingnya’.
Cuba korang fantasikan hukum ini dalam situasi hubungan kelamin antara seorang lelaki dan perempuan. Pasti dengan mudah korang boleh ingat. Faham kan maksud aku? Erm banyak lagi fantasi yang best-best. Tak perlu kot di bagi tahu kat sini. heh!
"Belajar saat akhir memang mencabar. Tapi jika cabaran di waktu itu di ambil secara positif, tak mustahil keputusannya boleh di banggakan"
Kalau korang rasa nak share apa2 tips sempena exam final dah
dekat ni, boleh tinggalkan di bahagian komen..hehehe..
Kita share2 ye..
"GOOD LUCK PADA SEMUA YANG AKAN
HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR"
HADAPI PEPERIKSAAN AKHIR"
credit :http://booblogs.com/blog/4-cara-terbaik-belajar-saat-akhir-untuk-peperiksaan/
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment