Tak salah juga untuk fikirkan masalah duit ni supaya kita selalu rasa untuk ubah ekonomi hidup untuk lebih baik.
Bagaimana cara nak sentiasa ada duit ni?
#Tip 1 Percaya pada rezeki Allah
Percaya pada rezeki Allah ni sangat berkesan sebab dalam kita kesempitan kewangan bila kita percaya akan rezeki Allah pasti Allah datangkan rezeki tanpa kita duga. Yang penting kita hanya perlu percaya dengan rezeki Allah, In Sha Allah semuanya dipermudahkan. Jangan sesekali marah dan tak percaya dengan rezeki Allah. Rezeki Allah tu luas cuma kita je nak atau tak nak je untuk kejar rezeki itu. Selalu pepatah kita dengar, "Rezeki tak datang bergolek". Jangan selalu dengar je pepatah ni tapi kita kena guna pepatah ni dalam hidup kita supaya kita tahu,percaya,yakin yang memang rezeki tak datang bergolek. Rezeki itu kita kena cari. Bila kita yang cari rezeki, Allah akan datangkan pada kita dalam pelbagai keadaan.
#Tip 2 Jangan fikir tiada duit
Mentor bisnes saya ada bagi tahu "Jangan fikir..jangan fikir..jangan fikir tak ada duit". Sebab apa yang kita fikir akan terjadi balik pada kita. Kita akan betul tak ada duit. Walaupun ada RM1 je dalam dompet, jangan fikir tak ada duit. Berbalik pada rezeki Allah pada #Tip 1. Bila kita fikir sentiasa kita ada duit, memang Allah akan datangkan rezeki pada tanpa disangka. Percayalah!!!
#Tip 3 Sedekah
Pernah dengar tak pepatah Inggeris ni? "The more u give, the more u get". Ni yang selalu kita dengar bila untuk galakkan bersedekah. Allah dah bagi tahu, bila kita sedekah Allah akan lipat ganda kan rezeki kita. Tapi sedekah biarlah ikhlas kerana Allah bukan niat untuk menunjuk.
Jom kita sama-sama sentiasa ada duit. :)
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment