Friday 27 February 2015

Pulut Mangga Terbaik!!!

Kali ni i nak share pasal PULUT MANGGA ni..memang terbaik la..huhuhu..
First time cuba memang sedapppp sgt la..sebab i ni bukan jenis suka nak cuba benda2 baru ni tapi bila first try PULUT MANGGA ni speechless..memang sedap..i beli kat KEDAI SURAYA SEAFOOD KG BARU..first i wondering jugak hari-hari orang beratur beli PULUT MANGGA ni..so i pun p la beli..n memang berbaloi la sape yang sanggup beratur panjang utk dapatkan PULUT MANGGA ni..




Ni la stall PULUT MANGGA tu..betul-betul depan kedai makan SURAYA tu..korang masuk je Kg Baru tu,akan nampak orang beratur panjang punya la..tu la kedainya..hehehe..buah mangga yang mereka guna memang kuning manis je..fresh je buah tu..




500 gm beras pulut (basuh bersih, toskan, tak perlu rendam. Masuk dalam loyang, letak air sama paras pulut dan kukus 20 minit atau hingga pulut masak)

750 gm santan (Sk guna santan kotak 500ml M&S, tambah air masak sampai dapat berat 750 gm, kacau rata)
6 sb gula pasir

Sos Santan:
3 sb gula pasir
5 helai daun pandan
6 sk tepung jagung
2 sk tepung beras
garam secukup rasa

Sementara mengukus pulut, sediakan santan :

1. Masak santan (750 gm hingga seperti terbit minyak, kacau selalu jangan berketul atau pecah santan)

2. Masukkan gula (6 sb), kacau hingga gula larut)

3. Asingkan 300 gm ke dalam mangkuk lain.

4. Masukkan garam secukup rasa dalam periuk dan kacau sebati. Matikan api.

5. Apabila pulut masak, masukkan santan dari periuk sedikit-sedikit semasa pulut masih panas. Masukkan santan dan kaup balik bersama pulut sehingga cukup lembut dan pulut berkilat. Jangan terlebih santan.

6. Jika pulut sudah cukup lembutnya dan keseluruhan disaluti santan berhenti tambah santan.

7.  Sos Santan : Tenggekkan semula periuk atas dapur dan masukkan semula 300 gm santan dalam mangkuk tadi.

8. Tambahkan gula (3 sb) dan garam secukup rasa, tepung jagung dan tepung beras. Kacau sehingga tepung larut dan masak dengan api perlahan sehingga pekat. Tutup api.


9. Hidangkan pulut bersama sos santan dan mangga yang masak.



Korang memang kena cuba PULUT MANGGA ni..memang sedap sangat!!!!hehehe..harga sangat berbaloi..RM5 je satu set ni..dengan buah mangga yang kuning manis, pulut yang sedap tak terlalu berlemak, n then i tak tahu kuah tu panggil pe tapi rasa mcm santan macam tu n memang rasanya just nice tak manis sangat,tak berlemak santan over..hehehhe..memang i bagi 5 bintang la..hehehhe







No comments:

Post a Comment