Friday 22 May 2015

4 Kesilapan Usahawan Internet

Ingin memulakan perniagaan Internet? Ianya tidak semudah yang sering digembar-gemburkan. Apa sahaja bidang yang inginkan kejayaan, memerlukan usaha. Kalau tiada usaha, tiada la duitnya. Ketika memulakan perniagaan Internet lebih 15 tahun lepas, saya sendiri juga tidak lari daripada melakukan kesilapan dalam perniagaan saya. Maklumlah, masih setahun jagung dalam berniaga, apatah lagi di Internet. Kesilapan-kesilapan tersebut mengakibatkan saya hanya mendapat 3 pelanggan sahaja dalam jangka masa satu tahun.

Bak kata orang, kesilapan adalah guru terbaik. Apabila mempelajari cara dan teknik berniaga online yang betul, perlahan-lahan, hasilnya mula membuah daripada 3 pelanggan setahun, menjadi 3 pelanggan setiap hari… dan lebih daripada itu!



1.TIDAK MELAKUKAN PROMOSI.

96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! 

Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! ;)

2.HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI.

Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.

Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

3.MELAKUKAN SPAMMING. 

Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.

Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

4.SERING KETINGGALAN

Internet merupakan medium yang sungguh cepat berubah. Mungkin selepas setahun dua, berbagai-bagai perubahan teknik, strategi dan juga platform telah berlaku. Sekiranya dulu, Friendster dan myspace adalah agak popular. Tetapi kini, Facebook dan Instagram yang mendominasi media sosial. Sekiranya dulu kita hanya melakukan promosi di laman web, kini promosi menggunakan YouTube juga sudah bermula.

Di Internet, sekiranya anda ketinggalan dengan perkembangan teknologi dan platform, anda juga akan ketinggalan dalam cara dan kaedah terbaru untuk mempromosikan perniagaan anda oleh kerana orang ramai akan sering mengikuti perkembangan terbaru.

Dalam memulakan apa sahaja usaha, termasuk memulakan perniagaan di Internet, pastinya kita akan melalui salah dan silap. Tugas kita adalah untuk memperbaiki diri kita dan keadaan dan menganggap pengalaman melakukan salah silap itu sebagai peluang mencari ilmu baru untuk memperbaiki.

Walaupun saya telah kongsikan 4  kesilapan dalam menjalankan perniagaan Internet, namun, kesilapan utama seseorang itu sebenarnya adalah kesilapan dalam tidak mencuba apa sahaja idea dan usaha!

Credit to : www.irfankhairi.com


[PERHATIAN] Berminat untuk mulakan perniagaan online melalui Facebook,Blog,Instagram. Andalah yang kami cari!!! Sertai Top Leaders Circle untuk mulakan langkah dan niat anda itu. 

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Thursday 14 May 2015

Review Jalan Puncak Alam


JALAN PUNCAK ALAM..ada apa dengan nama jalan ni? JALAN PUNCAK ALAM ini merupakan sebatang jalan yang berdekatan dengan UiTM Puncak Alam (yang I tahu la..hehe). Macam mana I boleh nak sangat tonton filem ni? Sebab pertama I dengar ura-ura mengatakan tempat ni memang selalu berlaku kemalangan so sebab tu ada benda-benda mistik macam ni..hehehe..then kebetulan tempat I kerja, ada 5 orang budak praktikal dari UiTM Puncak Alam, I cabar mereka untuk tengok filem ni..hehehe..konon I berani sangat la. Jadi, perasaan nak tahu sangat apa yang sebenarnya ada dan terjadi kat JALAN PUNCAK ALAM ni menarik I bersama 4 orang lagi teman sekerja I untuk pergi menonton JALAN PUNCAK ALAM.

Kami memilih untuk menonton JALAN PUNCAK ALAM di GSC Cinema, Quill City Mall (berhampiran UniKL Kampung Baru) pada jam 3.30 petang. So I nak cerita pengalaman I sendiri menonton JALAN PUNCAK ALAM ni. Adakah I sendiri rasa sesuatu masa menonton filem ni? Pelakon yang melakonkan filem ini tak ramai antaranya Nizam Zaidi, Azwan Kombos dan Epy Kodiang. Bagi I filem nimasih ada unsur seram dan lawak. 

Al-kisah cerita ini bermula dengan seorang pelajar, Azizi lakonan Azwan Kombos melalui JALAN PUNCAK ALAM sebab nak cepat sampai ke rumah supaya dapat siapkan tugasan assigment. Pada masa tu jam menunjukan lebih kurang pukul 10malam. Tiba-tiba masa Azizi melalui jalan tu, motosikal Azizi kehabisan minyak. Azizi pelik sebab dia baru je isi minyak penuh. Kemudian Azizi meminta kawan dia Hanif (bakal adik ipar sebab bercinta dengan adik Azizi baru 4 bulan..hehe). Hanif meminjam kereta kawannya Mat Jan lakonan Epy KOdiang untuk mengambil Azizi di JALAN PUNCAK ALAM. Selama 2 jam Hanif berpusing di JALAN PUNCAK ALAM tersebut tapi hampa kerana tidak menjumpai Azizi malah Hanif telah berpusing di jalan sama berulang kali kemudian baru lah menjumpai motor Azizi yang tersadai di tepi jalan tanpa Azizi.


Masa Hanif menunggu Azizi di tepi jalan, Hanif tertidur dan didatangi mimpi-mimpi pelik yang berlaku di jalan tersebut sehingga dihantui dengan kehadiran seorang kanak-kanak lelaki yang dah macam rupa ju-on.hehe. Budak lelaki tu memang berlegar di kawasan jalan ni. Tersedar je Hanif dari mimpi, Azizi tak muncul juga. Hanif beranikan diri keluar dari kereta untuk lihat sekeliling tiba-tiba Azizi muncul dari belakang (bukan Azizi sebenar bayangan budak lelaki tu je).hoho.memang seram yang ni. Mereka pun sama-sama terus gerak untuk pulang. Hanif punya syok bebel kat Azizi, Azizi keras membatu je tiba-tiba telefon Hanif berbunyi keluar nama 'AZIZI'. Hanif positif je dia marah Azizi sebab main-main call walaupun kat sebelah je.hahaha.





Plot cerita ni berulang sebanyak 2 kali. hahaha. Kesudahannya Azizi memang tak jumpa dengan Hanif sampai sudah. Azizi tolak motor sampai keluar dari JALAN PUNCAK ALAM tu ke jalan besar. Sepanjang Hanif berada dalam JALAN PUNCAK ALAM tersebut hanyalah dengan budak lelaki itu. 

Ni I share teaser JALAN PUNCAK ALAM..hehe..


So ni je I boleh nak share dengan semua sebab cerita ni memang banyak flashback scene. Korang kena tengok sendiri macam mana. 

I bagi 3/5 bintang untuk filem garapan pengarah baru, Dharma Aizat ni. Kalau u alls dah tengok, cuba tinggalkan pandangan terhadap filem ni. 


Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com