Friday 27 February 2015

Review Gudang Kubur



GUDANG KUBUR..dengar macam seram tapi memang seram.hehe.jumaat lepas i dengan 3 orang kawan i yang lain hang out together lepas pergi makan sana sini last sekali kami decide nak tengok wayang di Alamanda, Putrajaya. Terus on the spot beli tiket cerita yang paling cepat nak tayang dan kami pilih GUDANG KUBUR..hehehe..mula-mula tu sorang dari kawan kami tak nak tengok tapi tengok jugak..waktu tayangan pukul 10.30 malam..hehe.masuk dalam hall muka legend je masing-masing macam tak takut..

I sebenarnya excited jugak nak tengok GUDANG KUBUR ni sebabkan hero dan heroin nya pasangan yang agak unik..Faizal Hussein dan Nora Danish..boleh dikatakan gabungan pelakon lama dan baru kan..So i nak cerita pengalaman i sendiri tengok GUDANG KUBUR ni macam mana kan..seram sangat ke?or biasa-biasa je cerita ni?bagi i cerita ni 'complete' sebab ada unsur seram (of course la..hehe..),romantik dan kelakar..tak da la setiap masa nak takut je sampai cabut jantung kan...hehehehe

GUDANG KUBUR ni al-kisahnya sepasang suami isteri iaitu Faizal Husin dan Nora Danish (maaf tak ingat nama diaorang dalam filem ni..hehehe) baru sahaja beli satu gudang kayu..gudang yang Faizal beli ni sebenarnya dah banyak 'tukar tangan' pemilik..sebab apa selalu bertukar?korang kena tengok sendiri la...Semasa Faizal membeli gudang gtersebut, Faizal tak selidik pun kenapa gudang ini selalu bertukar tangan sebab keinginan Faizal terlalu tinggi nak miliki gudang sendiri..Faizal dan Nora gembira sangat dapat miliki gudang sendiri kebetulan gudang tersebut berdekatan dengan rumah mereka..ada satu pasrt memang lawak sgt yg buatkan kami semua tergelak bila dengar satu dialog ni.. "berdirinya seorang lelaki kerana disebelahnya seorang wanita.....gemuk"..hehe..memang lawak..ada pulak gemuk tu..so pada korang yang rasa gemuk tu,tak payah risau la kan..



Bermulanya cerita apabila Nora  mula terdengar 'suara' asing ketika dia sedang bekerja dalam pejabat nya dan Faizal berjumpa dengan 'kelibat' si dia berlegar-legar di sekitar gudang tersebut..semakin hari keadaan semakin menganggu mereka..Apa yang sebenarnya terjadi kat gudang ni??kelibat siapa yang selalu berlegar-legar di gudang tu?? tambah pulak dgn sound effect yang memang nya seram wooooo..hehehe

Sebenarnya terdapat sepasang kekasih yang saling mencintai teramat sangat lakonan Nizam Zaidi dan Atiqah Suhaimi..Percintaan mereka berakhir hingga bergelar suami isteri..Percintaan yang sangat-sangat mendalam.


Sehinggalah satu hari, Atiqah dikhabarkan oleh polis yang suaminya dah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya..sedihnya Atiqah,mendalam nya cinta mereka,sampaikan Atiqah tak kebumikan mayat suaminya..dia simpan mayat suaminya di sebuah garaj kereta rumahnya..

Bagi i ni memang satu kelainan dalam cerita ni..tak pernah lagi i tgk kisah percintaan yang mcm ni sampaikan simpan mayat pasangan tak dikebumikan..bayangkan la hidup dgn mayat mcm mana kan,,huhuhu..percintaan mereka sgt la sweet ala2 comel gitu..memang romantik sgt..memang korang kena tgk part2 romantik comel dyorang ni..hehehehe

Part kelakar pun ada..hehehe..lakonan Epy Kodiang dan Along Eyzendy..hahaha..serius memang lawak dyorang ni..dalam orang duk seram-seram dyorang duk buat lawak jugak..


So ni je i nak cerita kat korang pasal pengalaman i sendiri tgk GUDANG KUBUR ni..i tak cerita semua sebab cerita ni banyak flashback..so korang kena tgk sendiri cerita ni..baru korang faham pasal cerita ni..heheheh..

I bagi 4/5 bintang untuk cerita garapan pengarah Eyra Rahman ni..memang best la.. ;)
Pada korang yang belum tgk tu, selamat menonton ok..




No comments:

Post a Comment