Monday 29 September 2014

Jadi Unggul!!!


Jadi unggul!!!
Kegagalan adalah permulaan kpd kejayaan. Itu mutiara yang sy 
nak berikan awal sebelum bicara panjang.

Ramai org tak suka pada kegagala, padahal kalau kita pandang dari
 sudut pandangan yg berbeza, kegagalan itu pasti akan memberikan kejayaan 
yg lebih besar, kalau berjayalah. Kenapa pulak? Yalah, pasal kita dah 
gagal pertama kali itulah, kita tak akan buat kesilapan yg sama. 
Langkah kita akan jadi lebih teratur., usaha kita jadi lebih tuntas, maka 
kejayaan lebih besar pun terbentuk.

Sebenarnya gagal-gagal sebelum berjaya ni bagus, pasal selalunya 
kejayaan yg terbentuk lepas gagal-gagal itu tak akan gagal lagi. 
Berbanding dengan kejayaan yg terbentuk tanpa gagal sekali pun 
sebelumnya, selalunya ada kemungkinan akan gagal sekali dan bila 
gagal sekali itu susah sungguh nak kembali naik.

Jadi Unggul!!!
Oleh itu, jangan tewas oleh kegagalan. Kegagalan adalah asam garam 
pada masakan yang bernama jaya. Tanpa asam garam yang masin tu 
masakan jaya jadi tak sedap, tanpa masam-masam pada tomyam tu, 
tomyam tak sedap, tanpa pahit yang ada pada kopi tu, tak layak ia 
dipanggil kopi.

Kegagalan apabila diadun dengan usaha yg berterusan apabila Berjaya nanti,
 kejayaan yang amat bermakna dan bertahan lama. Sebaliknya, kegagalan 
yang tidak pernah ditempuh sebelumnya selalunya akan membuatkan 
seseorang itu terlupa tempohnya berdiri. Faham maksud saya?

Saya sendiri tak terus berada di puncak untuk bergelar motivator 
dan juruam tapi penuh dengan halangan, rebah bangun serta cabaran juga 
ujian. Semua itu semakin mengukuhkan saya sbg motivator dan 
juruam mesra anda. Kamu juga boleh jadi macam tu. Kan, kan, kan?

Perkongsian ini sy ambik dari buku ‘Jom Mantop’ tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.


Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com


Jutawanita bukan Dongeng!!!


Jutawanita bukan Dongeng!!!
I tertarik dengan topik dalam buku ‘JOM MANTOP’ tulisan 
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kisah nya mcm ni :

Nak pergi Hong Kong? Jom kita pergi jumpa seorang
jutawanita internet nombor satu di Asia selama enam tahun
berturut-turut. Halamak, namanya Fione Tan,
baru berusia 31 tahun. Belum kahwin.
Mana budak Fione Tan ni?
Ha, tu dia. Mari kita tanya dia macam mana
boleh jadi begitu berjaya ni.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum
itu sya bekerja di syarikat insurans. Waktu itu saya impikan
kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap
di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya
untuk bangun awal pagi,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan
dari Universiti lowa, Amerika Syarikat ini.

Kata dia, di AS banyak urusan perlu dilakukan menggunakan
internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian. Bertitik tolak dari situ,
Fione mendapat idea untuk menjadikan internet sebagai medium
pemasaran yang menguntungkan. Dia Cuma untung RM 15 pada bulan
pertama perniagaannya.

Gambar Hiasan

“Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40).
Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa
dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan
pun cek itu. Walaupun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat.
Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan computer sekurang-kurangnya
selama 10 jam sehari.”
Sekarang dia mampu jana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan.
Dia anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur. (Kosmo; 11 Oktober 2009)

Anda nak jadi macam dia? Jangan malas, kreatif sikit dan berani sikit,
itu petuanya. Ini kerja pun malas, mana nak jadi…    

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com


Thursday 25 September 2014

Shanghai Trip - Day 2


Shanghai Trip - Day 2

Pd u guys yg belum baca entri Shanghai Trip - Day 1, 
boleh singgah kat sini dulu Klik Sini

Time for happy2 before ke Pasar Barangan Kemas...wowwww...
Bestnya dpt sama2 spend masa..lepaskan sekajap 
segala masalah...
Holiday puas2...buang segala masalah..hehehehe..
Jom layan gambar2 yg awesome ni...hehehe


we are happy..happy..

si jejaka

si wanita


wachaaaaa..ultraman...



"Lunch + lawatan ke pasar barangan kemas"








"GALA NIGHT DINNER"
dgn tema merah hitam memang melaram habis
la team TLC ni..hehehe..
memang cun2 semuanya..
n mcm2 aktiviti didakan sepjg dinner ni..
ada cabutan bertuah,surprise birthday party..
memang best la..tinggak kenangan paling
best la..
Jom kita layan gambar sepanjang Gala Night Dinner..

















Jom guys..kalau uolls nak rasa jugak mcm
mana ikut free trip with vvip treatment,boleh
call/msg/wasup/email i..
Next trip kami ke Austri & Hungary..much2 exclusive..
Let's go!!!

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

BAGAIMANA MEMASTIKAN AZAM DAN MATLAMAT TERCAPAI?


KEBANYAKKAN kita membuat azam pada setiap penghujung tahun, bermacam-macam azam; tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai matlamat, kerana ia kabur, yakni tidak jelas objektif dan sasarannya. Ibarat berlatih menembak, kita mesti menghalakan senjata tepat kepada sasarannya. Apabila kita Nampak dengan jelas sasaran itu, barulaj kita dapat menghalakan muncung senapang itu ke sasarannya dengan tepat dan mengena.

Kita selalu mendengar orang membuat azam misalnya, ‘Saya ingin memperbaiki taraf kehidupan’ atau ‘Saya mahukan pekerjaan yang lebih baik’ atau ‘Saya ingin berniaga’ dan sebagainya. Ini matlamat yang kabur, tidak tepat.

Kita mesti jelaskan, kerja apa? Mendapat gaji banyak mana? Dalam industri apa? Memerlukan kemahiran yang bagaimana? Ukur kebolehan kita. Bila jangka masa pencapaiannya, setahun atau lima tahun? Dan apakah tindakan kita seterusnya?

Tulis dengan jelas secara hitam putih matlamat kita itu. Kita tidak boleh bercakap sahaja ataupun mengingati di fikiran kita kerana ia tidak akan kekal lama. Dengan menulis kita akan lebih ‘commited’.

Paling baik, matlamat kita itu ditulis di atas sekeping ‘goal card’ seperti kad kredit. Kita simpan dalam ‘purse’ kita. Setiap hari kita akan membaca beberapa kali bagi mengingatkan kita, kemudian kita sematkan kukuh-kukuh dipemikiran separuh sedar kita ‘subconscious mind’supaya ianya sebati dengan diri kita.



Bagaimana Cara Kita Merancang Matlamat?

Pertama sekali, kita analisa diri kita sendiri ketika ini. Kita tanya kepada diri, apakah yang paling kita mahukan? Apakah yang kita inginkan dalam hidup ini, yakni yang menjadi kepentingan kita ketika ini berdasarkan kepada tujuh aspek kehidupan iaitu:

·        Mental                 * Keluarga
·        Jasmani               * Kerjaya
·        Rohani                 * Sosial, kemasyarakatan
·        Kewangan

Dalam ketujuh-tujuh aspek ini, apakah aspek yang menjadi keutamaan yang harus dititikberatkan ketika ini? Sekiranya keadaan rumahtangga kita tidak tenteram, maka matlamat utama kita ialah untuk mengharmonikan rumahtangga kita terlebih dahulu sebelum merancang matlamat yang lain kerana ianya akan menjadi batu penghalang bagi kita untuk mencapai matlamat-matlamat yang lainnya.

            Setiap orang mempunyai kepentingan yang berbeza mengikut tahap dan taraf kehidupan masing-masing. Maka oleh yang demikian, matlamat yang kita rancang itu mestilah benar-benar matlamat kita sendiri, yang benar-benar lahir dari sanubari kita sendiri dan bukannya matlamat yang dibuat berdasarkan kepada kehendak orang lain. 

Yang seelok-eloknya kita tuliskan kesemua kehendak dan kemahuan kita seberapa banyak yang mungkin di atas kertas kemudian kita susun kepentingan ini satu persatu mengikut kesegeraannya. Kalau matlamat kita hendak membeli rumah atau kereta baru misalnya, elok kita bayangkannya dalam bentuk gambar. 



Kita gantungkan gambar rumah atau gambar kereta yang menjadi idaman kita itu di dalam bilik tidur kita supaya sebaik saja kita membuka mata, kita nampak matlamat kita itu. Ini secara tidak langsung akan memotivasikan diri kita dengan memberi semangat kepada kita untuk berusaha mendapatkannya. Dengan cara ini keluarga kita juga sama-sama excited dengan matlamat kita itu, di samping menyedari sumbangan dan pengorbanan yang harus diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan matlamat kita tadi.

Kemudian, pelan tindakan (action plan) yang harus diambil untuk mencapai matlamat ini. Tindakan ini perlulah mengambil kira keupayaan, kemahiran, kewangan, rintangan dan risiko yang bakal ditempuhi. Begitu juga dengan sikap mental yang harus ada pada kita untuk mencapai segala impian hidup ini. Kita perlu berkorban untuk mendapatkan sesuatu, umpamanya masa, tenaga dan wang ringgit, dan apa yang penting kita lupakan segala kepemtingan dan kesenangan diri buat sementara waktu.

Di dalam merancang matlamat hidup ini secara tidak langsung kita belajar mengenali siapakah diri kita yang sebenarnya, ke manakah arah tujuan kita dan di tahap manakah kita berada ketika ini? Apakah kelemahan kita yang menjadi batu penghalang kepada kita untuk maju? Itulah azimat dan hikmat merancang matlamat hidup ini.




Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

Wednesday 24 September 2014

Shanghai Trip - Day 1


Shanghai Trip - Day 1

Bestnya shanghai trip.. 
sgt x dijangka bandar shanghai mmg cantik sgt..
Mcm kat new york je.. 
1day dgn tema warna MERAH...aummmm..
Jom I nak share sepanjang trip ke shanghai..
Utk entri kali ni I share hari pertama di sana..
Lets check it out..





*sekitar di KLIA sebelum bertolak

So flight berlepas dari KLIA ke Shanghai pd jam 1.40 pg 
(23 sept 2014) dan 
tiba di Shanghai Hongqiao Intrernational Airport pd jam 
7.15 pg (23 sept 2014)..
Lebih kurang 6 jam perjalanan dri KL ke 
Shanghai..hehehe..

Selepas mendarat dgn selamat di Shanghai Airport,
dibawa menaiki ORIENTAL PEARL TV TOWER 
(Hanging Corridor)..memang gayat la tower ni..ketinggian tower ni setinggi 1,500 kaki ok..
nak tahu gayat mcm mana??jom layan gambar2 ni plak..hehehe



*menara biru tu Oriental Pearl TV Tower (Hanging Corridor) (view waktu malam)

next, apa lagi jalan2 sambil shopping sambil
selfie2 la kan..hehehe..









*jalan2 di bandar shanghai

walaupun hujan,holiday tetap holiday..selfie tetap selfie..
hehehe..siap jd satu kepelikan di shanghai dgn selfie ni..

before check in hotel,,nak share moment paling best,
cruisen time...wahhhhh..awesome sgt kan..
cruise ride di Huangpu River..cantik sgt view bandar 
Shanghai pd waktu malam..
Jom layannnnn..










*cruise ride di Huangpu River

now masa utk check in hotel plak..
Hotel Radisson Blu Hotel Shanghai..hotel 5 star bukan calang2..hehehe
Company dah janji kan 5 star treatment trip and they make it...
nak tgk mcm mana 5 star tu??
jom layan gambar lg...








*sekitar di hotel

 So ni baru first day..uolls yg minat nak follow next day boleh 
tnggu entri I next day..
ataupun follow kami di instagram..follow 
#tlcinshanghai, #tlctravelog, #topleaderscircle..


Jom guys..kalau uolls nak rasa jugak mcm
mana ikut free trip with vvip treatment,boleh
call/msg/wasup/email i..
Next trip kami ke Austri & Hungary..much2 exclusive..
Let's go!!!

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com