Tuesday 23 September 2014

Mengapa Matlamat Penting?


PENCAPAIAN matlamat adalah salah satu daripada langkah utama dalam mencapai kejayaan. Terdapat beberapa sebab mengapa matlamat menjadi begitu penting dalam kehidupan seseorang:

1.    Memenuhi kehendak asas
Setiap perlakuan dan tindakan kita adalah berdasarkan kepada matlamat. Matlamat menunjukan kepada kita arah dan tujuan bagi menghadapi kehidupan. Ini adalah satu kehendak psikologi yang asas bagi semua manusia sama ada tua atau muda.

2.    Asas menyalurkan Masa, Tenaga dan Idea
Sistem matlamat dan objektif yang dirancang dengan betul boleh melancarkan segala kegiatan seharian. Matlamat menghalang kita daripada mengikut jalan yang salah.

3.    Mewujudkan Asas Keyakinan dan Kemajuan Diri
Apabila kita mula mencapai matlamat yang telah ditetapkan, akan timbul perasaan bangga dan yakin dengan kemajuan yang telah diperolehi. Dengan itu, kita akan menetapkan matlamat yang lebih besar dan memiliki keyakinan dan kepercayaan yang sepenuhnya terhadap diri sendiri.

4.    Membuat Kehidupan Lebih Menarik dan Menyeronokan
Kebahagiaan hidup sebenarnya terletak di tangan kita. Jika kita berupaya mencorak kehidupan yang lebih bermakna maka kebahagiaan akan sentiasa berada di samping kita. Sebaliknya jika kita sentiasa berkata, “Tiada apa yang boleh aku lakukan” maka sudah pasti kita akan menempah kegagalan.

5.    Tulang Belakang kepada Sikap Positif
Sikap mental yang positif adalah satu asset yang penting dalam pencapaian matlamat. Asas kepada pendirian positif pula ialah penetapan matlamat. Oleh itu, kita dapati sikap positif terletak di tengah-tengah penetapan dan pencapaian matlamat.

Apabila kita sudah mempunyai matlamat kita mesti mempunyai pelan tindakan dan kemudiannya berusaha sedaya upaya untuk mencapai matlamat tersebut. Matlamat tidak akan tercapai hanya dengan angan-angan, dan akan hanya menjadi kenyataan apabila ianya diiringi dengan tindakan demi tindakan. Dengan erti kata lain, kita mesti mengambil langkah-langkah yang positif untuk mencapai matlamat kita. Napoleon Bonarparte, seorang pemimpin Perancis yang terkenal, pernah berkata, “Tidak ada perkataan ‘tak boleh’ (impossible) dalam kamus aku.” Dengan kata lain, wujudkan matlamat dan berusahalah secara positif untuk memburu kejayaan, seolah-olah tidak ada pun yang mustahil untuk dicapai.

Apabila kita dah tahu mengapa matlamat itu penting,smestinya kita harus tahu bagaimana caranya nak capai matlamat itu?

natikan entri saya yang seterusnya..

Sekiranya anda tahu bahawa anda tidak mungkin gagal,
apakah pilihan dan tindakan anda?


Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com



No comments:

Post a Comment