KEBANYAKKAN kita membuat azam pada setiap penghujung
tahun, bermacam-macam azam; tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai matlamat,
kerana ia kabur, yakni tidak jelas objektif dan sasarannya. Ibarat berlatih
menembak, kita mesti menghalakan senjata tepat kepada sasarannya. Apabila kita
Nampak dengan jelas sasaran itu, barulaj kita dapat menghalakan muncung
senapang itu ke sasarannya dengan tepat dan mengena.
Kita selalu mendengar orang membuat azam misalnya,
‘Saya ingin memperbaiki taraf kehidupan’ atau ‘Saya mahukan pekerjaan yang
lebih baik’ atau ‘Saya ingin berniaga’ dan sebagainya. Ini matlamat yang kabur,
tidak tepat.
Kita mesti jelaskan, kerja apa? Mendapat gaji banyak
mana? Dalam industri apa? Memerlukan kemahiran yang bagaimana? Ukur kebolehan
kita. Bila jangka masa pencapaiannya, setahun atau lima tahun? Dan apakah
tindakan kita seterusnya?
Tulis dengan jelas secara hitam putih matlamat kita
itu. Kita tidak boleh bercakap sahaja ataupun mengingati di fikiran kita kerana
ia tidak akan kekal lama. Dengan menulis kita akan lebih ‘commited’.
Paling baik, matlamat kita itu ditulis di atas
sekeping ‘goal card’ seperti kad
kredit. Kita simpan dalam ‘purse’
kita. Setiap hari kita akan membaca beberapa kali bagi mengingatkan kita,
kemudian kita sematkan kukuh-kukuh dipemikiran separuh sedar kita ‘subconscious mind’supaya ianya sebati
dengan diri kita.
Bagaimana
Cara Kita Merancang Matlamat?
Pertama sekali, kita analisa diri kita sendiri ketika
ini. Kita tanya kepada diri, apakah yang paling kita mahukan? Apakah yang kita
inginkan dalam hidup ini, yakni yang menjadi kepentingan kita ketika ini
berdasarkan kepada tujuh aspek kehidupan iaitu:
·
Mental *
Keluarga
·
Jasmani *
Kerjaya
·
Rohani *
Sosial, kemasyarakatan
·
Kewangan
Dalam ketujuh-tujuh aspek ini,
apakah aspek yang menjadi keutamaan yang harus dititikberatkan ketika ini?
Sekiranya keadaan rumahtangga kita tidak tenteram, maka matlamat utama kita
ialah untuk mengharmonikan rumahtangga kita terlebih dahulu sebelum merancang
matlamat yang lain kerana ianya akan menjadi batu penghalang bagi kita untuk
mencapai matlamat-matlamat yang lainnya.
Setiap orang
mempunyai kepentingan yang berbeza mengikut tahap dan taraf kehidupan
masing-masing. Maka oleh yang demikian, matlamat yang kita rancang itu mestilah
benar-benar matlamat kita sendiri, yang benar-benar lahir dari sanubari kita
sendiri dan bukannya matlamat yang dibuat berdasarkan kepada kehendak orang
lain.
Yang seelok-eloknya kita tuliskan kesemua kehendak dan kemahuan kita
seberapa banyak yang mungkin di atas kertas kemudian kita susun kepentingan ini
satu persatu mengikut kesegeraannya. Kalau matlamat kita hendak membeli rumah
atau kereta baru misalnya, elok kita bayangkannya dalam bentuk gambar.
Kita
gantungkan gambar rumah atau gambar kereta yang menjadi idaman kita itu di
dalam bilik tidur kita supaya sebaik saja kita membuka mata, kita nampak
matlamat kita itu. Ini secara tidak langsung akan memotivasikan diri kita
dengan memberi semangat kepada kita untuk berusaha mendapatkannya. Dengan cara
ini keluarga kita juga sama-sama excited dengan
matlamat kita itu, di samping menyedari sumbangan dan pengorbanan yang harus
diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan matlamat kita tadi.
Kemudian, pelan tindakan (action
plan) yang harus diambil untuk mencapai matlamat ini. Tindakan ini perlulah
mengambil kira keupayaan, kemahiran, kewangan, rintangan dan risiko yang bakal
ditempuhi. Begitu juga dengan sikap mental yang harus ada pada kita untuk
mencapai segala impian hidup ini. Kita perlu berkorban untuk mendapatkan
sesuatu, umpamanya masa, tenaga dan wang ringgit, dan apa yang penting kita
lupakan segala kepemtingan dan kesenangan diri buat sementara waktu.
Di dalam merancang matlamat hidup ini secara tidak langsung
kita belajar mengenali siapakah diri kita yang sebenarnya, ke manakah arah
tujuan kita dan di tahap manakah kita berada ketika ini? Apakah kelemahan kita
yang menjadi batu penghalang kepada kita untuk maju? Itulah azimat dan hikmat
merancang matlamat hidup ini.
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment