Monday 29 September 2014

Jutawanita bukan Dongeng!!!


Jutawanita bukan Dongeng!!!
I tertarik dengan topik dalam buku ‘JOM MANTOP’ tulisan 
Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Kisah nya mcm ni :

Nak pergi Hong Kong? Jom kita pergi jumpa seorang
jutawanita internet nombor satu di Asia selama enam tahun
berturut-turut. Halamak, namanya Fione Tan,
baru berusia 31 tahun. Belum kahwin.
Mana budak Fione Tan ni?
Ha, tu dia. Mari kita tanya dia macam mana
boleh jadi begitu berjaya ni.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum
itu sya bekerja di syarikat insurans. Waktu itu saya impikan
kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap
di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya
untuk bangun awal pagi,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan
dari Universiti lowa, Amerika Syarikat ini.

Kata dia, di AS banyak urusan perlu dilakukan menggunakan
internet bahkan adakalanya menjadi satu kemestian. Bertitik tolak dari situ,
Fione mendapat idea untuk menjadikan internet sebagai medium
pemasaran yang menguntungkan. Dia Cuma untung RM 15 pada bulan
pertama perniagaannya.

Gambar Hiasan

“Saya terima cek untuk bulan pertama hanya RM15 (AS$4.40).
Nak tunaikan di bank pun malu. Oleh kerana proses itu mengambil masa
dua minggu dan dikenakan caj RM26 untuk transaksi, saya tak tunaikan
pun cek itu. Walaupun hanya dapat RM15, saya tak patah semangat.
Saya teruskan rutin harian iaitu duduk di depan computer sekurang-kurangnya
selama 10 jam sehari.”
Sekarang dia mampu jana pendapatan mencecah RM1 juta sebulan.
Dia anak kelahiran Jinjang, Kuala Lumpur. (Kosmo; 11 Oktober 2009)

Anda nak jadi macam dia? Jangan malas, kreatif sikit dan berani sikit,
itu petuanya. Ini kerja pun malas, mana nak jadi…    

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com


No comments:

Post a Comment