Jadi unggul!!!
Kegagalan adalah permulaan kpd kejayaan. Itu mutiara
yang sy
nak berikan awal sebelum bicara panjang.
Ramai org tak suka pada kegagala, padahal kalau kita
pandang dari
sudut pandangan yg berbeza, kegagalan itu pasti akan memberikan
kejayaan
yg lebih besar, kalau berjayalah. Kenapa pulak? Yalah, pasal kita dah
gagal pertama kali itulah, kita tak akan buat kesilapan yg sama.
Langkah kita
akan jadi lebih teratur., usaha kita jadi lebih tuntas, maka
kejayaan lebih
besar pun terbentuk.
Sebenarnya gagal-gagal sebelum berjaya ni bagus,
pasal selalunya
kejayaan yg terbentuk lepas gagal-gagal itu tak akan gagal
lagi.
Berbanding dengan kejayaan yg terbentuk tanpa gagal sekali pun
sebelumnya, selalunya ada kemungkinan akan gagal sekali dan bila
gagal sekali
itu susah sungguh nak kembali naik.
Jadi Unggul!!!
Oleh itu, jangan tewas oleh kegagalan. Kegagalan adalah
asam garam
pada masakan yang bernama jaya. Tanpa asam garam yang masin tu
masakan
jaya jadi tak sedap, tanpa masam-masam pada tomyam tu,
tomyam tak sedap, tanpa
pahit yang ada pada kopi tu, tak layak ia
dipanggil kopi.
Kegagalan apabila diadun dengan usaha yg berterusan
apabila Berjaya nanti,
kejayaan yang amat bermakna dan bertahan lama. Sebaliknya,
kegagalan
yang tidak pernah ditempuh sebelumnya selalunya akan membuatkan
seseorang itu terlupa tempohnya berdiri. Faham maksud saya?
Saya sendiri tak terus berada di puncak untuk
bergelar motivator
dan juruam tapi penuh dengan halangan, rebah bangun serta
cabaran juga
ujian. Semua itu semakin mengukuhkan saya sbg motivator dan
juruam
mesra anda. Kamu juga boleh jadi macam tu. Kan, kan, kan?
Perkongsian ini sy ambik dari buku ‘Jom Mantop’
tulisan Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment