Friday 21 November 2014

Dato Siti Nurhaliza : Dari seorang Biduanita menjadi Jutawan

Assalamualaikum semua.
Entri kali ni I nak share dengan korang seorang usahawan, jutawan, biduanita, negara Malaysia, siapa lagi kalau bukan Penyanyi No 1 Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza. Pelancaran produk kosmetik dan penjagaan kulit jenamanya sendiri iaitu “SimplySiti” sememangnya mendapat sambutan hangat daripada peminat beliau yang pastinya sangatlah ramai di seluruh negara termasuk di Singapura, Brunei dan Indonesia.
Pelaburan besar telah dibuat untuk menghasilkan produk kecantikan bermutu merangkumi penjagaan kulit SimplySiti C Bright, SimplySiti New Age dan SimplySiti Acne Solution selain Krim Simply 5 yang istimewa. Harapan ahli perniagaan muda ini adalah supaya produk sulung beliau mampu menembusi pasaran negara luar terutama jiran terdekat iaitu Singapura, Brunei dan Indonesia selain Timur Tengah memandangkan ia diiktiraf halal oleh Jakim. Ini penting kerana majoriti bakal pembeli produk ini adalah terdiri daripada golongan orang islam.
Memanfaatkan pengalaman menjadi duta produk kecantikan seperti Maybelline & Pantene, semua produk SimplySiti dipasarkan di lebih 200 rangkaian farmasi Watson seluruh negara dan pasar raya Jusco. Kehadiran suami beliau, Dato’ Khalid sebagai rakan kongsi yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan sememangnya membantu menjayakan perniagaan kosmetik beliau.

Mesti ramai yang ingat produk ini hanya sekadar untuk menambah satu lagi punca pendapatan figura terkenal ini. Tak mungkin beliau sendiri memakainya. Betul? Stigma itu salah! Dato’ Siti telah menggunakan dan menguji produk yang diproses ketika R&D dijalankan selama 6 bulan sebelum ianya berjaya dipasarkan kepada orang ramai.
Menggunakan khidmat ahli saintis dari Korea, bahan-bahan yang digunakan dalam produk SimplySiti semuanya berunsurkan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak daun Prunella Vulgaris yang mampu merawat semuala luka dan radang kulit. Sepertimana yang diketahui, Korea merupakan pusat pembikinan dan pembuatan produk kosmetik yang terunggul di dunia, Dato Siti dan pasukannya telah membawa beberapa ahli saintis Korea ke Malaysia untuk mengkaji dan merasai cuaca di sini supaya mereka faham masalah dialami oleh wanita-wanita di Malaysia. Hebat, bukan?

Tetapi ini tidak bermaksud percaturan beliau lancar. Baru-baru ini produk kosmetik SimplySiti dikatakan mengunakan berus bulu babi dalam produknya. Menjawab spekulasi yang mampu menggagalkan perniagaan sekaligus mencemarkan imej baik yang dipelihara beliau, Dato’ Siti menafikan dakwaan tersebut dengan segera. Sejurus selepas itu, dalam masa beberapa hari sahaja, kesemua produk keluaran syarikat tersebut disahkan secara rasmi telah mendapat pengesahan halal daripada Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) sebelum dipasarkan kepada umum. Alah bisa tegal biasa lah katakan kalau menghadapi dugaan ketika berniaga kan?
Dan seperti yang boleh diagak, jualan produk SimplySiti sangat memberansangkan walaupun baru satu bulan ia dilancarkan. Dato Siti lah katakan, personaliti yang hebat, kareer yang mantap, sudah tentu jualan pun mengkagumkan!


"SEGALANYA BERMULA DARI LANGKAH
PERTAMA UNTUK MENDAPAT SERIBU LANGKAH 
MENUJU KEJAYAAN" 

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com


No comments:

Post a Comment