Amat penting untuk memulakan perniagaan yang menarik minat anda. Minat ini pula, bukanlah minat yang dikatakan “saja cuba-cuba” atau “cuba test try” tengok macam mana, ok ke tidak menjalankan perniagaan ini!
Minat yang saya maksudkan adalah minat yang amat sangat dalam sesuatu bidang itu. Mungkin sehingga menjadi hobi. Contohnya, sekiranya minat dalam fotografi, jadikan itu sebagai perniagaan anda. Sekiranya minat dalam muzik, jadikan bidang muzik sebagai perniagaan anda.
Jangan memulakan sesuatu perniagaan yang tidak minat oleh kerana minat adalah umpama gasolin yang menyalakan api dengan lebih hebat lagi. Dalam perniagaan pastinya ada turun naik perniagaan. Ada juga akan kedengaran suara-suara negatif yang menganggu kita, dari kawan dan juga lawan.
Namun, dengan minat yang sungguh mendalam dalam sesuatu bidang itu, kita tidak akan mudah goyang dengan kegagalan atau anasir-anasir negatif yang mungkin datang menganggu. Sebabnya, kita lakukan kerana minat!
#2 Banyak membaca dan belajar
Ketahui bahawa untuk berjaya, memerlukan ilmu. Tidak semestinya mendapat kelulusan dari universiti. Ramai usahawan jutawan yang saya kenali tidak mempunyai segulung ijazah pun.Tetapi, yang pasti ilmu mereka adalah tinggi dalam bidang perniagaan.
Ilmu boleh diperolehi dari buku-buku perniagaan di pasaran. Zaman kini, ilmu di hujung jari membolehkan kita membaca pelbagai teknik, dan strategi kejayaan di Internet juga. Sekiraya malas membaca seperti ramai antara kita, YouTube itu sendiri mengandungi pelbagai ilmu perniagaan yang boleh didalami.
Pendek kata zaman ini, tiada alasan untuk tidak mencari ilmu oleh kerana ianya terdapat di mana-mana sahaja. Untuk berjaya, tidak semestinya kita melakukan sesuatu yang baru yang tidak pernah dilakukan oleh orang lain. Mencapai kejayaan usahawan jutawan telah dicapai oleh ramai usahawan. Tugas anda adalah melihat dan belajar daripada kisah-kisah kejayaan ini dan aplikasi kepada diri anda sendiri.
#3 Cari sokongan sekeliling
Jauhkan daripada mereka yang sering berfikir dan bercakap negatif. Mereka akan menghilangkan keyakinan diri dan semangat anda. Dekatkan diri dengan mereka yang berfikir positif dan bercakap postif. Mereka akan meningkatkan keyakinan dan semangat anda untuk mencapai sesuatu yang lebih baik.
Sememangnya benar, sokongan sekeliling adalah amat penting. Sekiranya kenalan kita sekeliling di kategorikan sebagai kaki lepak, lambat laun, kita sendiri pun akan turut sama jadi kaki lepak. Tetapi sekiranya kenalan kita sekeliling terdiri daripada usahawan-usahawan, pastinya aura keusahawanan itu juga dapat pada diri kita sendiri.
Bayangkan keadaan di mana anda mempunyai masalah perniagaan dan kongsikan masalah tersebut pada kenalan kaki lepak. Pastinya jawapannya adalah “Tu lah engkau ni, aku dah kata dah. Susah buat bisnes. Baik lepak je”. Tetapi, sekiranya masalah yang sama dikongsikan dengan kenalan usahawan pula, pastinya jawapan adalah “Eh, biasa lah tu dalam perniagaan. Jangan risau kalau tak dapat sale, aku dulu pun tak dapat sale juga… jom kita pergi sama-sama buat sale”.
Mempunyai sokongan yang padu dari kenalan dan keluarga sekeliling pastinya akan dapat membantu anda dalam mencapai kejayaan.
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment