Saturday 4 July 2015

Multi Level Marketing (MLM) Penipu!!!!


M : Bisnes awk ni MLM ke?

N: Ye. Kenapa?

M: Aku tak suka la MLM ni semua. Sama je MLM ni. Penipu. Sistem piramid je.

N: (dalam hati,amboi kemain..haha). Apa yg sama?Piramid n MLM sama ke?Apa yg kau faham dgn MLM n sistem piramid ni?

Senyap kejap..fikir ayat kot nak jawab..hehe

M: Ala semua ni kayakan org atasan je. Kita buat kerja penat-penat org atas yg kaya.

N: La, yeke..kalau mcm tu,kau kena berhenti kerja sekarang jugak.

M: Dah kenapa?

N: Bukan kau kerja mcm mana pun, majikan kau yg kaya ke..OT sampai lewat malam,outstation sana sini tapi gaji kau tetap sama je. Majikan/Bos kau bercuti sana sini dgn family,tukar kereta mewah x habis-habis. Bukan kayakan org atas ke tu?Kau kerja sampai 20 tahun sekalipun, gaji tetap RM2,000..kalau naik pun xda nya nak naik sampai RM5,000 setahun..

M: Itu biasalah adat kerja makan gaji. (sekali muka dah lain..huhuhu)


MLM dan SISTEM piramid memang sama sekali tidak sama. Sangat berbeza. Siapa yang mengatakan MLM adalah SISTEM PIRAMID sebenarnya itu hanya tanggapan negatif. Istilah meng'kaya'kan orang atasan atau pemilik syarikat itu biasa. Sebenarnya lebih sesuai dengan istilah saling kaya meng'kaya'kan antara satu sama lain. Macam mana tu?

Contohnya, tauke kasut memerlukan tauke baju begitu juga sebaliknya. Saling memerlukan. Bukan kah mereka harus membeli barang ini dari pemilik barangan tersebut? Bukan kah itu memberi keuntungan kepada pemilik perniagaan itu?Bukan kah ini meng'kaya'kan pemilik perniagaan itu?

Maka MLM pun sama..Kalau upline atau pemilik perniagaan boleh kaya, saya juga boleh kaya. Sebab kita berada dalam win-win situation. Tak macam kerja makan gaji yang jelas lagi nyata SISTEM PIRAMID TEGAR. Org bawahan berhempas pulas siapkan kerja, tapi orang atasan yang kaya. Adil ke macam tu? Nak kata MLM tindas orang bawah? Ni siapa tindas siapa?Ada ke orang bawahan yang dapat gaji RM10,000 sebulan, Bos dapat RM5,000 sebulan? Tak ada lah. (Ini bukan nak kutuk kerja makan gaji cuma nak betulakan mindset negatif). 

Perkara pertama selalunya org akan tgk dalam bisnes MLM ni, bila upline keluarkan kereta mewah dan mula lah cakap-cakap negatif keluar. Tengok tu, kau kerja kuat, upline kau yang rasa jugak. Tapi at least aku tak kerja mcm kau walaupun bisnes MLM ni. Kau siap stayback bagai aku rasa dah dekat 10tahun kau kerja ni tetap pakai kereta iswara tu. Bos kau? Dah 3,4 kali tukar kereta mewah. Jadi? Bagi aku kereta mewah tu memang impian setiap orang nak miliki tapi bagi aku sekarang ni dalam bisnes MLM ni "AKU JUGA BOLEH DAPAT" apa yang upline aku dapat. Kereta mewah? Income 4,5 angka? Semua boleh. Yang jadi tak boleh kalau ada mindset negatif macam kau je. 

Nak tahu MLM mcm mana yang tidak menipu?
Nantikan sambungan entri saya.

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com


No comments:

Post a Comment