Saturday 6 June 2015

6 Perkara Berbaloi untuk Berhutang

Angkara berhutangm ramai golongan muda alaf ini tersasar dan diisytihar muflis. bagaimanapun tidak dinafikan kamu tidak dapat mengelak berhutang sama ada untuk memenuhi keperluan hidup ataupun mengukuhkan kondisi kewangan sedia ada. Ini 6 perkara yang nak dikongsikan yang dirasakan berbaloi untuk mengambil sedikit risiko dengan berhutang.

MEMULAKAN PERNIAGAAN
Sudah tentu kamu memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Ada perniagaan yang memerlukan modal yang kecil ada juga yang menuntut modal lebih besar. Berhutang untuk menjadi usahawan ataupun mengembangkan perniagaan adalah sesuatu yang berbaloi asalkan kamu jelas dengan matlamat dan hala tuju kamu. Pastikan kamu membuat perancangan yang teliti bukannya tangkap muat sahaja. Usaha keras untuk menjayakan perniagaan tersebut, kalau membuahkan hasil kamu bukan sahaja akan mendapat wang yang lebih banyak malah ianya juga memberikan kamu sebuah karier dan kejayaan dalam hidup.

KERETA
Tidak ramai yang berkemampuan untuk membeli kereta secara tunai. Oleh sebab itu fenomena orang berhutang untuk memiliki sebuah kereta boleh dikatakan sudah menjadi lumrah. Tapi dinasihatkan belilah berdasarkan kemampuan kamu bukannya untuk menunjuk-nunjuk. Jika kamu berhutang untuk membeli kereta atas sebab keperluan untuk memudahkan kamu bergerak, ya, sebaliknya jika untuk tujuan menaikkan status di mata masyarakat, ianya langsung tidak berbaloi. Jangan kerana nak bergaya sanggup kering poket setiap bulan.

RUMAH DAN HARTANAH
"Rumahku dan syurgaku"! Perumpamaan ini jelas untuk melambangkan betapa pentingnya memiliki sebuah rumah untuk sebuah kehidupan yang selesa. Selain itu rumah juga dikira sebagai aset bernilai. Pokoknya kalau memebeli 10buah rumah pun tak jadi rugi malah ianya boleh menjadi satu perlaburan yang menguntungkan. Kerana boleh jual atau sewakan pada orang lain.

PELABURAN BANK
Antara contoh boleh diberikan ialah pinjaman ASB di mana akan menerima jumlah dividen yang tinggi setiap hujung tahun. Walaupun perlu berhutang, ianya akan membawa keuntungan kepada peminjam. Ini juga satu cara untuk kamu menabung dan menjana simpanan untuk masa depan kamu. Apabila kamu terikat dengan skim ini.maka kamu akan lebih berdisplin untuk memperuntukan wang kamu untuk tujuan simpanan.

PENDIDIKAN
Melanjutkan pelajaran di IPT semestinya memerlukan belanja yang tinggi. Ada individu yang bertuah kerana mampu disara oleh keluarga dan ada juga mendapat tajaan biasiswa sepanjang tempoh pengajian. Namun kalau kamu tidak tergolong dalam kelompok ini, membuat pinjaman seperti PTPTN atau MARA juga adalah satu alternatif yang tidak merugikan. MAlah jika kamu lulus dengan cemerlang, badan-badan ini akan mempertimbangkan kamu daripada bayaran balik.

EMAS
Emas bukan sahaja menjadi barangan kegemaran dan igauan para wanita sebagai barangan perhiasan malah perlaburan emas dengan cara membuat pinjaman bank sebagai modal juga kini telah menjadi trend. Secara purata harga emas naik sekitar 15% sehingga 20%. Tetapi harus diingat setiap perlaburan mesti ada risikonya ada di mana tentunya ada ketika harga emas akan jatuh. Jadi kalau berniat untuk membuat perlaburan begini dengan menggunakan wang pinjaman, pastikan kamu tidak tersilap langkah dan masa.




Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

No comments:

Post a Comment