Monday, 6 February 2012

::Khasiat Bangun Pagi::

Assalamualaikum..
Apa khabar semua??harap memperoleh kesihatan yg baik..
Utk entry kali ni diri ini ingin berkongsi tentang satu khasit iaitu khasiat bangun pagi..
Apa itu khasiat??Khasiat ialah kebaikan...
Sbg org Islam, tujuan kita bangun di awal pagi adalah utk menunaikan solat Subuh. Paling baik, jika kita dpt menunaikannya secara berjemaah di masjid. Namun manfaat bangun awal pagi bukn shj memberi pahala yg besar krn solat di masjid, bahkan ia sebenarnya mengandungi banyak manfaat dari sudut kesihatan. Maka sebab itulah Islam amat menggalakkan kita utk bangun di awal pagi dan juga tidak menggalakkan tidur selepas waktu subuh.
Berikut manfaat yg kita perolehi dgn bangun awal pagi:
FIKIRAN MENJADI LEBIH SEGAR
Bangun seawal 6pagi sebelum matahari terbit dpt membuat fikiran kita menjadi lebih segar dan ia mampu mengurangkan stres dan tekanan dlm diri kita. Fikiran yg segar akan membuatkan kerja2 yg dilakukan pd hari tersebut menjadi lebih efesian dan efektif.
DAPAT MENGAMBIL SARAPAN
Bangun di awal pagi membolehkan kita mengambil sarapan dengan selesa sebelum ke pejabat atau sekolah. Sarapan merupakan amalan yg sgt penting krn ia membekalkan tenaga kpd otak dan juga seluruh badan kita utk aktiviti seharian. Bahkan kajian menunjukkan pengambilan sarapan pd awal pagi tidak akan menyumbang kpd kegemukan krn makanan yg dimkn akan cepat hadam dan digunakan oleh badan kita yg mengalami kadar metabolisme yg tinggi pd waktu itu. Sebaliknya jika tidak mengambil sarapan, ia  boleh merosakkan sel2 otak kita krn kekurangan glukosa dan sumber tenaga.
DAPAT MELAKUKAN AKTIVITI SENAMAN PAGI
Senaman pd wktu pagi merupakan aktiviti yg sgt baik kpd badan kita. Bahkan senaman pd waktu pagi membolehkan kita menyedut udara yg sgt bersih dan nyaman. Pastinya kita tidak akan temui udara sebersih itu pada waktu lain kerana ia akan dicemari oleh habuk2 dan juga asap2 kenderaan. Kita juga akan dapat menikmati pancaran cahaya matahari pd waktu pagi yg sgt bermanfaat utk kita terutama sekali bagi menjana vitamin D demi kebaikan tulang dalam badan kita.
TIDAK TERGESA-GESA DAN TERBURU-BURU
Jika kita bangun lewat, tentu sekali kita akan tergesa-gesa dlm mempersiapkan segala sesuatu dlm satu masa. Kerja yg dilakukan dgn tergesa-gesa akan membuahkan hasil yg tidak menarik. Bahkan, kita akan tertinggal byk brg yg penting sprt dompet, buku dan sebagainya krn kita tidak memfokuskan kpd sesuatu yg kita lakukanpd waktu itu. Jadi bangun awal pagi membolehkan kita merancang aktiviti kita dgn sempurna dan terancang.

No comments:

Post a Comment