Monday 6 February 2012

::10 Perkara Rosakkan Otak::

Assalamualaikum.
Perkara yg merosakkan otak:
TIDAK AMBIL SARAPAN PAGI
Otak merupakan organ yg paling byk guna tenaga, iaitu sebanyak 25% drpd keperluan tenaga badan. Tidak ambil sarapan pagi menyebabkan paras gula dlm darah menjadi rendah dan mengurangkan bekalan nutrisi pd otak. Byk sel2 otak akan mati dan keseluruhan otak akan menjadi kurang aktif pd hari tersebut.
TERLEBIH MAKAN
Tidak bermakna makan berlebihan menyebabkan otak menjadi semakin baik. Makan berlebihan menyebabkan byk darah dialirkan kpd perut dan usus utk tujuan pencernaan, menyebabkan kekurangan darah yg sampai kpd otak. Ini mengakibatkan mengantuk, malas dan hilang daya fokus.
MEROKOK
Asap rokok sgt merbahaya krn mengandungi pelbagai racun yg boleh membunuh byk sel2 otak.
MENGAMBIL GULA BERLEBIHAN
Gula yg berlebihan dlm badan boleh menggangu penyerapan protein dan nutrisi. Ia juga boleh menggangu perkembangan otak yg sihat.
MENGHIDU UDARA YANG TERCEMAR
Otak merupakan pengguna oksigen terbesar dlm badan manusia. Menghidu udara tercemar menyebabkan kerosakan sel2 otak. Berkawan dgn perokok juga mendedahkan kita kpd asap rokok yg sgt merbahaya kpd otak.
TIDUR YANG BERLEBIHAN
Tidur adalah baik utk kesihatan otak kita. Namun tidur yg berlebihan menyebabkan otak kurang aktif dan melemahkan daya berfikir seseorang.
TIDUR DENGAN MENUTUP MUKA
Tidur sambil meniarap dan menekup muka ke bantal atau menutup dengan buku atau lengan boleh menyebabkan byk gas karbon dioksida terperangkap dan disedut semula semasa bernafas. Ini boleh menyebabkan otak kekurangan oksigen.
KURANG BERIMAGINASI
Berfikir merupakan satu cara yg baik utk mengasah otak kita. Kurang berimaginasi menyebabkan tahap kecerdasan otak menurun.
JARANG BERFIKIR
Jarang berfikir menyebabkan otak kita menjadi lembap dan tidak aktif. Maka, selalu berfikir akan melatih otak kita bekerja dan meningkatkan keupayaan otak kita.
TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Al-Quran merupakan kalimah2 Allah S.W.T. Membacanya akan memberi byk manfaat kpd badan termasuklah mengaktifkan otak kita dan mengelakkannya drpd rosak. Tidak membaca Al-Quran menyebabkan otak kita menjadi dungu dan dangkal.
Wassalam..

No comments:

Post a Comment