Tuesday, 7 February 2012

::5 Sebab Kenapa Bersolat::

Assalamualaikum..
Pada entry kali ni, diri ini ingin berkongsi tentang 5 sebab kenapa bersolat....
Anatara peranan solat adalah seperti berikut:
SOLAT MENJADI BUKTI PENGABDIAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T.
Solat adalah bukti pengabdian diri seorg hamba kpd Allah S.W.T Ia juga tanda seseorg hamba itu beriman kpd Allah S.W.T Firman Allah dalam surah al-Zumar ayat11 yg bermaksud: "Katakanlah lagi (wahai Muhammad), Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan segala ibadat kepada-Nya."
SOLAT MENJADI SUMBER KETENANGAN DALAM DIRI.
Ibadah solat mampu menjana perasaan tenang dalam diri. Apabila kita bersolat, seluruh jiwa kita serahkan kpd Allah S.W.T. Ini dinyatakan dlm surah al-Ra'd ayat 28 yg bermaksud: "(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia."
SOLAT MENJADI BENTENG DIRI DARIPADA PERKARA MUNGKAR.
Solat yang sempurna daripada aspek hukum-hakamnya beserta dgn kualiti kusyuk, mampu menjadi perisai kpd perkara2 keji dan mungkar. Allah berfirman dlm surah al-Ankabut ayat 45 yg bermaksud: "Sesungguhnya sembahyang itu mencegah drpd perbuatan yg keji dan mungkar, dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya), dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa-apa yang kamu kerjakan,"
SOLAT ADALAH CIRI ORANG YANG BERJAYA.
Solat adalah perkara utama yang akan dinilai oleh Allah S.W.T Pada penilaian Allah, orang yang melaksanakan ibadah solat dgn kusyuk ialah org yg berjaya di-sisiNya. Firman Allah S.W.T dalam surah al-Mu'minun ayat 1 dan 2 yang bermaksud: "Sesungguhnya berjayalah orang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya."
SOLAT ADALAH TANDA SYUKUR.
Ibadah solat pasti menjadi cermin kpd orang yg mensyukuri nikmat Allah. Sebagai tanda mereka bersyukur kepada Allah, orang yang beriman pasti akan menunaikan solat dengan penuh khsyuk. Firman Allah S.W.T. dalam surah al-Kawthar ayat 1-3 yang bermaksud: "Sesungguhnya kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan-kebaikan yang banyak (di dunia dan akhirat). Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). Sesungguhnya orang yang bencikan Engkau, dialah yang terputus (daripada mendapat sebarang perkara yang diingininya."

No comments:

Post a Comment