Wednesday, 9 November 2011

Membaca...Membaca

 
Membaca dapat dilihat pada kata punjangga ini, "Langkah pertama ke pengetahuan ialah mengetahui bahawa  kita tidak dapat berpengetahuan." Ungkapan ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya menjadi org yg berpengetahuan. Hal ini kerana dgn ilmu pengetahuan manusia akan mengenal diri. Melalui ilmu pengetahuan, manusia akan mengenal insan. Pada akhirnya, dgn ilmu pengetahuan akan mendekatkan manusia kepada Ilahi.

Oleh itu, proses membaca dan terus membaca merupakan langkah ke arah menjadi org yang berpengetahuan. Proses mengulati buku bukan sekadar memindahkan teks tersebutdalam batas tertentu iaitu mengisi masa lapang. Proses mencintai buku sebenarnya mensyaratkan kecintaan yang kejap tentang ilmu-ilmu Allah yang maha luas di bumi ini.

Membaca dan teruslah membaca tanpa jemu. Kata perkataan Arab, Iqra' wa Iqra' sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran menerusi surah Al-Alaq tentang kepentingan membaca. Kerana menjadi orang berilmu pengatahuan memang menuntut semangat yang luar biasa.

Manfaatkan pengalaman menuntut ilmu. Selongkarlah buku-buku yang termuat di perpustakaan dengan hati yang tenang. Nescaya, kejayaan menunggu anda dan ketahanan diri sebagai makhluk ALLAH yang gemilang bukan sekadar duniawi tetapi di ukhrawi. Membaca lah..

No comments:

Post a Comment