Friday, 18 July 2014

Mengapa Rezeki Saya Sempit?

Mengapa rezeki saya sempit?
Sering kali dipersoalkan ‘mengapa rezeki saya sempit? Padahal saya dah buat macam-macam usaha.’
Baiklah, sebelum hal tersebut kita kupas, ada baiknya kita memahami dahulu bahawa yang dimaksudkan rezeki itu bukan sekadar duit. Jadi, bila duit kita sedikit, jangan terburu-buru mengatakan rezeki kita sempit. Walhal pada ketika itu kita masih sihat, anak-anak juga sihat. Malah orang-orang yang hamper dengan kita juga sihat-sihat belaka. Alhamdullilah, sungguh kesihatan itu adalah rezeki yang besar.
Dapat taat perintah Allah juga rezeki. Nama yang baik juga rezeki. Pasangan hidup yang baik juga rezeki. Memiliki ilmu yang bermanfaat, mempunyai ingatan yang baik, rasa aman, tidak banyak masalah…; walaupun tidak banyak wang, tidaklah bermakna rezeki kita sempit.

Baiklah, pun begitu mari kita kenali punca-punca bagaimanakah rezeki seseorang boleh menjadi sempit malah boleh tersumbat! Agar hari ini dan sampai ke hujung usia nanti rezeki kita tetaplah mudah, luas dan berkat. Amin.
-          Tidak peduli tentang zakat dan sedekah
-          Terlalu sibuk hingga jauh dari Allah
-           Melakukan bisnes dan kerja-kerja haram
-          Berbuat dosa kerana jahil atau degil
-          Percaya usahanya semata-mata yang mendatangkan rezeki

Mari kita semak senarai di atas, dan cuba lakukan sesuatu tentangnya. In sha Allah pasti ada perubahan! 
Ya, buat permulaan cubalah lakukan tindakan-tindakan di bawah:

  •       Buka Al-Quran dan semak surah Al-Baqarah ayat 261. Mari kita baca, hayati dan amalkan.
  • -        Tanda-tanda rezeki yang berkat adalah, semakin bertambah rezeki, semakin dekat kita dengan Allah. Jika sebaliknya? Maka fahamlah bahawa kita dalam bahaya..
  • -        Mencuri gula-gula atau mencuri lembu sama saja. Isunya adalah mencuri. Atas apa alasan sekalipun, mencuri adalah berdosa. Berbisnes dan bekerja juga begitu. Selagi terpalit dengan dosa, walaupun sedikit, hilanglah berkatnya.
  • -         Menceritakan keburukan orang, jika benar sekalipun; namanya mengumpat. Jika tidak benar namanya fitnah, dua-dua berdosa. Ramai yang ‘rajin’ mengumpat dan mengata. Ada yang rajin mengumpat dan mengata kerana jahil. Dia berasa perbuatan itu tidak berdosa.
  • -         Buka Al-Quran, cari Surah At-Talaq ayat 2 hingga 3. Mari kita baca, hayati dan amalkan. In sha Allah kunci keluar dari semua masalah ada di sana. Cubalah..


Rujukan: Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (Fathuri Salehuddin)

Bella Saiful

010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

No comments:

Post a Comment