Marilah kita mengamalkan dan
mempraktikan perkara yang dilakukan Baginda SAW, antaranya ialah:
1.
BERTAKBIR
Takbir pd Hari Raya
Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal
(anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu
ketika imam selesai berkhutbah.
Adalah disunatkan utk
kita bertakbir sepjg perjalanan dari rmh kita menuju ke masjid utk menunaikan
solat Aidilfitri. Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan
syiar Islam di setiap pelosok jln yg dilalui ketika menuju ke tmpt solat.
2.
MANDI PD PAGI HARI RAYA
Disunatkan mandi di pg
hari raya sebagaimana mandi wajib iaitu sebelum berangkat menuju ke tmpt
perlaksanaan solat Aidilfitri.
3.
MAKAN SEBELUM SOLAT AIDILFITRI
Disunatkan kaum Muslimin
menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini
bertujuan menutup segala andaian dibenarkan berpuasa pd hari raya. Kebiasaanya,
Rasullulah SAW akan memkn kurma dlm jumlah yg ganjil pd pg hari raya.
Anas
bin Malik RA berkata: Rasullulah SAW tidak akan pergi ke tmpt solat pd pg
Aidilfitri sebelum memkn beberapa biji kurma. “Murajja’ bin Raja’ berkata:
Ubaidillah menceritakan kpdku bhw Anas RA berkata: Rasullulah SAW memknnya dlm
jumlah yg ganjil.” (Riwayat Bukhari)
Namun, jika kita tidak memiliki kurma maka
dibolehkan utk mengisi perut dgn mknan lain terutamanya mknan yg manis spt
madu. Sekiranya tidak ada mknan sama sekali, memadai dgn hanya meminum air.
4.
MEMAKAI PAKAIAN YG INDAH
Disunatkan kaum
Muslimin menghiaskan diri dgn pakaian yg
indah pd hari raya. Bagi kaum wanita pula walaupun disunahkan memakai pakaian
yg terbaik, namun mereka hendaklah menghindari drpd memakai pakaian yg
bercorak-corak serta perhiasan yg berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian
golongan lelaki. Disunahkan juga bg kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi
tidak disunahkan kpd kaum wanita.
5.
BERJALAN KAKI MENUJU TEMPAT DIKERJAKAN SOLAT HARI RAYA
Umat Islam dianjurkan
berjln kaki menuju ke tmpt solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi
Thalib RA: “Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tmpt solat
hari raya dan memkn sesuatu sebelum berangkat”. (Riwayat at-Tarmizi).
namun begitu bg yg
sesiapa yg perlu menggunakan kenderaan krn tmpt solat terlalu jauh, ia
dibolehkan dlm syarak. Tetapi, berjln kaki menuju ke tmpt solat lebih afdal
berbanding menaiki kenderaan. Disunatkan juga mengikuti jln yg berbeza ktika
pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
6. TEMPAT PERLAKSANAAN
SOLAT HARI RAYA
Sunnah mengerjakan solat
hari raya di kwsn lapang/musalla (tmpt terbuka spt pdg sehingga khatib dpt
melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yg jarang dilakukan di Malaysia
melainkan beberapa kelompok kecil yg benar-benar kuat berpegang kpd sunnah Nabi
SAW.
7. MENGERJAKAN SOLAT
AIDILFITRI
Antara syiar yg paling
utama dlm menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sbyk dua
rakaat oleh seluruh umat Islam. Disunatkan menyampaikan khutbah sesudah
mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri.
Jemaah tidak diwajibkan
menghadiri/mendengar khutbah hari raya. Sebaik shj selesai mengerjakan solat
hari raya, sesiapa yg tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia
dibenarkan meninggalkan majlis itu.
8. BERGEMBIRA PADA HARI
RAYA AIDILFITRI
Suasana kegembiraan ini
berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan
Aidilfitri dpt dilihat dgn memakai baju-baju baru yg indah, seluruh ahli
keluarga berkumpul, ziarah-menziarahi sesame umat Islam dan pelbagai lagi. Semua
bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan
agama Islam sempena menyambut Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dgn
lunas syarak.
Rasullulah SAW sendiri
membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya
Aidilfitri dan Aidiladha.
9. MENGERJAKAN PUASA SUNAT
ENAM HARI PADA BULAN SYAWAL
Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com
No comments:
Post a Comment