Monday 17 August 2015

5 Tips Hilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

Haaa mesti ramai yang kat luar sana stres bila ada lingkaran hitam bawah mata ni. Yela mesti jadi kurang berkeyakinan bila berdepan dengan orang ramai,nak bergambar dengan rakan-rakan sebab I sendiri rasa perasaan tu.huhuhu.

I sekarang memang dalam proses nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni. Satu je tips paling berkesan nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni iaitu kena RAJIN.hehehe.kalau tak rajin memang sekali dah jadi lingkaran hitam bawah mata ni,susah nak hilang dah.sedihnyaaaa.huhuhu.

So sepanjang proses I nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni, banyak tips-tips yang bernguna I jumpa.nak tahu?jom I share macam mana.

#1 MINUM AIR KOSONG

Sepanjang proses nak hilangkan lingkaran hitam bawah mata ni,kena kurangkan minum ais dan seeloknya minum air suam. Kalau anda bukan seorang peminum air kosong, boleh mulakan dengan 4 gelas sehari sekurang-kurangnya, minum selang 2jam. Hari demi hari tingkatkan ke 8 gelas sehari. Air suam mampu membantu membuang toksin bawah mata anda dengan lebih cepat. (I sendiri buat memang rasa perubahan sedikit demi sedikit.)

#2 TIMUN DAN TOMATO SEBAGA EYEMASK

Ramai yang tahu tentang kebaikan timun dan tomato memang sesuai untuk mata. Daripada buang lebihan timun dan tomato tu apa kata kita guna hirisan itu dan jadikan eyemask  untuk mata anda.Letakkan hirisan timun atau tomata semalaman atau paling kurang 30 minit setiap kali sebelum tidur. In sha Allah akan memberi kesegaran kepada mata anda.

#3 LIHAT HIJAU HIJAUAN

Macam mana ni? Haa untuk pengetahuan semua, sebenarnya mata akan menjadi lesu,penat bila menghadap laptop,tv untuk jangka masa panjang dan juga menyumbang kepada masalah lingkaran hitam bawah mata kita. Jadi apa kata beli satu pokok hidup kecil letakkan di hujung meja kerja atau sebelah tv anda. Ambillah masa 10-15 minit alihkan pandangan dari laptop atau tv ke pokok hijau tersebut sebab melalui penglihatan tersebut membekalkan oksigen kepada mata kita. 

#4 TIDUR YANG CUKUP

Kadar masa tidur juga sangat mempengaruhi  bukan sahaja kepada keadaan mata kita tetapi juga badan kita. Untuk mengelakkan mata kita dalam keadaan yang lesu dan penat pastikan kadar tidur yang mencukupi setiap hari. Sekurang-kurangnya 5 jam sehari dan untuk mengelakkan juga pembentukan lingkaran hitam di bawah mata kita.

#5 UNCANG TEH

Haaa ramai yang tidak tahu menggunakan uncang teh lepas digunakan mampu membantu menghilangkan kingkaran hitam bawah mata kita. Tapi jangan gunakan uncang teh yang sudah digunakan yang bersalut dengan air gula nanti mati kena hurung semut pulak.hehe. Basuh dulu uncang teh selepas digunakan untuk membuat air teh, kemudian tekapkan uncang teh ke bahagian mata kita. Sekurangnya selama 30 minit kemudian bilas dengan air suam pasti mata anda akan berasa segar.

So ni antara 5 tips yang boleh kongsi dengan semua. Tips ini in sha Allah menjadi kalau kita rajin sebab kulit bawah mata ni nipis,jadi untuk pulihkan kembali mungkin mengambil masa sedikit.

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com



No comments:

Post a Comment