Monday 16 March 2015

Scone Paling Best!!!!!

Scone paling best...walaupun baru pertama kali I makan scone ni..hehe..bila gigit je scone tu,perghhhhhh memang sedap wooowwwwwww..
Scone yang I makan ni dekat Cafe Yello Mello, TTDI..tengok cafe ni agak tersorok satu bangunan dengan macam supermarket kecil..hehe..
My mentor yang bawak I pergi makan dekat situ alang-alang nak personal coaching..memang rezeki sebab scone yang kami nak tu ada..hehe..melompat my mentor bila tengok scone tu ada..terus order..hehe..my mentor satu set,I satu set..
Sebelum mula personal coaching, kami pun makan la dulu..ambik mood la katakan..penuhkan perut..hehe..dengar macam pelik sebab boleh kenyangkan tapi memang kenyang la makan scone ni..
Scone ni disediakan sekali dengan krim dan jem raspberry..memang sedap sangat makan dengan jem ni..masing-masing fokus je memang tak bercakap pun..hehe..sebab sedap sangat..menikmati la katakan..


Tiba-tiba pulak rasa nak share resepi simple buat scone ni.hehehe.
Sumber : sayachefkecil

Tradisional Sweet Scones
(menghasilkan 8 biji scones mengikut saiz)
Bahan-bahan:
  • 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
  • 2 sudu besar gula halus
  • 1 sudu besar baking powder - saya ikut tun letak 1/2 sb, mungkin lain kali buat penuh 1sb
  • secubit garam
  • 4 sudu besar / 50g mentega- saya guna mentega buttercup
  • 1/2 cawan susu - saya guna susu cair carnation
Cara menyediakannya:
  1. Ayak tepung, baking powder dan garam ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan mentega dan ramas-rams dengan hujung jari sampai nampak peroi.
  3. Masukkan susu dan gaul dengan garfu sampai jadi doh yg lembut.
  4. Canai setebal 3 cm dan terap dgn cookie cutter. Saya guna acuan bulat untuk goreng telur.
  5. Bakar pd suhu 200 C selama 12 minit. Hidang panas-panas bersama butter dan jem pilihan.
Sos Strawberi 
Bahan-bahan:
  • 2 cawan buah strawberi
  • 3 sudu besar gula halus - tambah jika perlu
Cara menyediakannya:
Bersihkan strawberi, potong kecil dan masukkan dalam periuk. Masukkan gula dan kacau semua hingga hancur dan pekat.
Kacau selalu guna api kecil. Jika mahu lebih pekat seperti jem masukkan sedikit tepung jagung. Siap.


Yummmy2..sedapppp sihhhhh

Kalau you guys rasa nak share dengan I makanan-makanan menarik atau tempat-tempat makan menarik, boleh bagi tahu I.nanti I and my team akan terjah ke sana.hehehe

Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

No comments:

Post a Comment