Thursday, 21 August 2014

5 Perkara yg Menggalakkan Kegagalan dlm Berniaga


5 perkara yg akan menjadi punca kegagalan dalam berniaga, baik berupa kegagalan di dunia mahupun kegagalan di akhirat. Hal ini akan berlaku pd seseorang muslim yg memilih jalan hidupnya utk menceburi bidang perniagaan. 5 perkara tersebut meliputi :

1.  Tidak taat terhadap Allah s.w.t
Bentuk ketakwaan terhadap Allah boleh berpandukan pd beberapa perkara. Antaranya ialah sentiasa meneladani Rasullulah s.a.w dlm mendalami dunia perniagaan. Allah s.w.t. berfirman :

Dan barang siapa berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya penghidupan yg sempit dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta.” (Surah Taha : 124)

2.  Berasa Lemah
Berasa lemah atau menjadi org yg lemah tidak akan dapat membantu anda dlm persoalan perniagaan atau lebih spesifik dalam hal pemasaran. Dalam agama Islam, usaha menjadi insan yg lemah atau berasa diri lemah sgt tidak dibenarkan. Dalam suatu riwayat, Rasullulah s.a.w. bersabda :

“tangan itu ada tiga jenis:tangan Allah ialah yang tertinggi, tangan pemberi ada pada tingkat selanjutnya, dan tangan peminta ada pada tempat terbawah. Oleh kerana itu, hendaklah kamu memberikan kelebihan kamu dan janganlah kamu membuat dirimu menjadi lemah (malas).” (HR. Ahmad dan Abu Daud)

Org lemah hanya berpotensi menjadi parasit bg org-org terdekatnya. Kehadirannya sentiasa menjadi beban bagi org-org di sekitarnya. Sikap seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh seorg Muslim yg taat. Ini krn pd dasarnya, menjadi insan yg lemah bukan hanya tidak membantu diri anda dlm mencorakkan masa dpn, tetapi juga akan membuatkan diri anda dipandang hina dan direndahkan martabat dan harga diri. Sudah tentu anda tidak ingin ia terjadi pd anda di masa sekarang mahupun di masa yg akan datang.

3.  Meminta-minta
Secara tegasnya,tindakan seperti ini sama sekali tidak dibenarkan dlm agama Islam. Ini kerana, dlm masa yg sama anda sebenarnya telah merendahkan diri anda sendiri di hadapan makhluk Tuhan yg lain. Dalam satu riwayat, Rasullulah s.a.w. bersabda:

“Barang siapa menjaga kehormatannya, maka Allah akan menjaga kehormatannya. Barang siapa mencukupkan dirinya dengan apa yang ada, maka Allah akan menjadikan dia cukup. Barang siapa meminta-minta kepada orang sedangkan dia mempunyai wang setara dengan ilmu uqiyah, maka sesungguhnya dia telah meminta kebinasaan.”
(HR. Ahmad)

Meminta-minta boleh dijadikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan wang, namun hal seperti itu secara tidak langsung telah menjual harga diri hanya demi wang. Sebagai muslim yg taat, tidak sepatutnya bg kita utk menceburi pekerjaan sbg peminta-minta. Pd dasarnya, darjat seorg muslim ditinggikan oleh Allah. Maka tidak logik jika darjat tersebut hanya ditukar dgn wang krn malas utk mencari rexeki Tuhan yg bertebaran di belantara bumi ini.

4.    Kedekut
Sifat kedekut juga tidak dibenarkan dlm agama Islam. Ada pepatah yg menyatakan bahawa kebahagiaan yg dikongsikan akan bertambah, kesedihan yg dikongsikan akan berkurang. Dlm ruang lingkup perniagaan, agama Islam juga mengatur utk sentiasa menghindari sifat kikir.

“Bersedekahlah kamu menurut kemampuanmu, dan jangan kikir, kelak Allah akan kikir kepadamu.” (HR. Bukhari)

Bentuk konsep menjauhi sifat kikir adalah salah bentuk konsep yg dapat direalisasikan dgn sentiasa mengambil berat terhadap org-org yg berada di sekitar kita. Salah satunya adalah dgn menyedekahkan harta kita dlm rangka membahagikan kebahagiaan yg kita miliki dgn org lain.

5.  Tidak memanfaatkan kesempatan
ada pepatah yg menyatakan bahawa kesempatan hanya dtg satu kali. Meskipunpd kenyataannya kesempatan dpt dicipta utk kali kedua, namun ia bukan bermaksud kita meremehkan kesempatan sehingga kita kengah utk memanfaatkannya. Ini kerana, peluang yg terjadi pd masa ini sudah tentu akan sgt berbeza dgn peluang yg akan terjadi di hari esok.

Kunci kejayaan bukan terletak pd kerja keras dan kecerdasan asas yg kita miliki, tetapi pd berapa jauh kita bersungguh-sungguh menerima peluang yg dtg dlm kehidupan kita. Bersungguh-sungguh memanfaatkan setiap bentuk kesempatan yg dtg adalah jln menuju kejayaan.


Bella Saiful
010-9169325 / bellasaiful24@gmail.com

5 Perkara yg Menggalakkan Kegagalan dlm Berniaga


No comments:

Post a Comment