“STUDY”
“INNAMAL A’AMALU BINNIYAT”
MAKSUDNYA : SEMUA AMALAN BERMULA DARIPADA NIAT.
MENGAPA KITA MENGHADAPI MASALAH BELAJAR
KITA MEMBINA & MENGALAMI PELBAGAI SIKAP NEGATIF
SEPERTI :
1. LEMAH DAYA TAHAN
2. DAYA SAING YANG AMAT RENDAH, SUKA TUNGGU DAN LIHAT
3. BELAJAR & BUAT KERJA SECARA JALAN MUDAH, PINTAS & RINGKAS
4. TIDAK ADA WAWASAN(CITA-CITA), RANCANGAN, MATLAMAT & ARAH TUJU
5. MUDAH MENYERAH KALAH
6. DENGKI KHIANAT
7. MALU, MALAS, SEGAN, BOSAN, BOHONG
8. MERAHSIAKAN MASALAH & MENJAUHKAN DIRI
9. MENCARI HELAH UNTUK MENGUNDUR DIRI
10. CEPAT MENYALAHKAN PIHAK LAIN
11. SERAH PADA TAKDIR SEMATA-MATA
12. TIDAK AMANAH DAN TIDAK JUJUR PADA DIRI SENDIRI
13. MENGAMALKAN PENDIRIAN SERBA TIDAK BOLEH
14. PERCAYA PADA MAKLUMBALAS NEGATIF
KITA MENGAMALKAN KERJA & BELAJAR SAMBIL LEWA & MEMBERI PERHATIAN PADA ASPEK REMEH-TEMEH SEPERTI :
1. MEMBUAT KERJA ALA KADAR
2. BELAJAR TANPA KESUNGGUHAN DAN MUDAH BERPUAS HATI
3. TIDAK DAPAT MENGENALPASTI KEUTAMAAN
PENGURUSAN AKADEMIK
1. TUJUAN UTAMA KE TEMPAT BELAJAR
2. NIAT KENA BETUL
3. MENUNTUT ILMU DENGAN FOKUS.
4. MEMASTIKAN KITA MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG DALAM EXAM.
5. PILIH KAWAN YANG BOLEH MEMBENTUK BUKAN YANG MEMBANTUTKAN ANDA.
6. HADIAHKAN KEJAYAAN KITA KEPADA KEDUA IBUBAPA KITA YANG TELAH BERSUSAH PAYAH UNTUK KITA.
TIPS UNTUK BERJAYA :
DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKAL = KEJAYAAN
BAYANGKAN WAJAH KEDUA ORANG TUA KITA YANG PENAT LELAH SELAMA INI MENCARI DUIT UNTUK KITA BELAJAR. JADI JANGAN SIA-SIAKAN PENGORBANAN MEREKA ITU.
TIPS SEMASA BELAJAR
1. AMBIL WUDUK KETIKA HENDAK BELAJAR.
- SEMASA BELAJAR PASTIKAN WUDUK SENTIASA ADA. SYAITAN AKAN MENJAUHKAN DIRI DARI ORANG YANG DALAM KEADAAN BERWUDUK
2. NIAT BELAJAR KERANA MOHON KEREDHAAN ALLAH
3. BACA DOA BELAJAR, SURAH AL-FATIHAH DAN SURAH INSYIRAH SEBELUM BELAJAR.
4. BELAJAR DALAM KEADAAN TENANG DAN JANGAN DISELITKAN DENGAN UMPATAN ATAU APA-APA SAHAJA YANG BOLEH MENGHILANGKAN KEBERKATAN BELAJAR.
TIPS UNTUK MENGHILANGKAN MENGANTUK SEMASA BELAJAR.
1. TIDUR SEJENAK
2. BASUH MUKA
3. SENAMAN RINGAN
4. MINUM KOPI
MUTIARA ILMU
“ILMU ADALAH SESUATU YANG BERMANFAAT DAN BUKANNYA ILMU APA YANG HANYA DILAFAZ SEMATA-MATA” (IMAM SYAFI’E RAHIMAHULLAHH)
“ORANG YANG BERIMAN BERTANYA MENGENAI PERKARA YANG DIA SUDAH KETAHUI DAN PERKARA YANG BELUM DIKETAHUI. MAKA DENGAN CARA INI DIA DAPAT MEMPERKEMASKAN ILMU YANG TELAH ADA DAN DAPAT MENIMBA ILMU YANG BELUM DIKETAHUI. ORANG JAHIL PULA SENTIASA MENYISIH DIRI DARIPADA MENERIMA PELAJARAN DAN BERHANTI DARIPADA BELAJAR” (IMAM SYAFI’E RAHIMAHULLAHH).
“ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA. ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA. ILMU ITU PENGHUKUM DAN HARTA TERHUKUM. HARTA ITU KURANG APABILA DIBELANJAKAN TAPI ILMU BERTAMBAH BILA DIBELANJAKAN”
PESANAN UNTUK SEMUA :
1. KITA BELAJAR SEMATA-MATA MOHON KEREDHAAN DAN KEBERKATAN DARI ALLAH.
2. BIAR KEJAYAAN ITU SEDIKIT TAPI IA BERKAH BERBANDING KEJAYAAN YANG BANYAK TETAPI TIDAK BERKAH
3. KITA NAK BELAJAR KENA BERSAING DENGAN DIRI SENDIRI. JIKA KITA BELAJAR BERSAING DENGAN ORANG LAIN KITA AKAN DENGKI DAN TIMBUL PERMUSUHAN.
“ALLAH TIDAK AKAN MENANYA DI AKHIRAT KELAK AKAN KEJAYAAN YANG KITA PEROLEHI TETAPI ALLAH AKAN MENANYA KITA APA YANG TELAH KITA USAHAKAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN ITU”
JIKA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH AKRAB MAKA MUDAHLAH SEGALA URUSAN KITA KERANA KITA MELAKUKAN SEGALA URUSAN ATAU PERBUATAN SEMATA-MATA KERANA KEREDHAAN ALLAH
No comments:
Post a Comment